fbpx
Now Reading
Kongsi Foto Bersandar Di Bahu Lelaki, Netizen Ramal Intan Najuwa & Bekas Tunang Dah Berbaik

Kongsi Foto Bersandar Di Bahu Lelaki, Netizen Ramal Intan Najuwa & Bekas Tunang Dah Berbaik

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/CBcSkN2DA1V/

Memuat naik sekeping foto sedang bersandar pada bahu seorang lelaki di dalam kereta, kebanyakan netizen mengandaikan pelakon Intan Najuwa sudah berbaik dengan bekas tunangnya Razrul Anwar Rusli.

Malah menguatkan lagi teori orang ramai apabila keadaan di dalam kereta tersebut dilihat sama seperti kereta mewah jenis Lamborghini milik Razrul yang pernah di muat naik Intan sebelum ini.

@aisy.furqan: Tunang ke tu? Nampak macam kereta Lamborghini nampak kuning kat belakang.

“@fkhrulrzi_hnifh: Lamborghini tu.

Meskipun tiada sebarang respons dari Intan mengenai kereta tersebut namun rata-rata beranggapan yang gadis ini sudah pun berbaik dengan tunangnya semua.

Malah rata-rata peminat dan netizen dilihat bergembira dan mendoakan kebahagian pasangan ini.

@haredza : Alhamdulillah dah berbaik semula

@portlepak_kesuma : Kembali balik kepada tunangnya 😍

@istiq008 : Alhamdulillah,sayapun suka mereka berdua ni,serasi sangat.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.