fbpx
Now Reading
“Bagaikan Dejavu” – Dr Sheikh Muszaphar Kongsi Berita Gembira Isteri Hamil Kembar Lagi

“Bagaikan Dejavu” – Dr Sheikh Muszaphar Kongsi Berita Gembira Isteri Hamil Kembar Lagi

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

“Saya hanya gembira, tidak dapat berkata-kata. Seperti Dejavu sekali lagi,” itu yang dicoretkan Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar sewaktu mengumumkan kehamilan isterinya Dr Halina yang sudah masuk13 Minggu.

Apa yang lebih menggembirakan apabila mereka dijangka mendapat satu lagi pasangan kembar, sesuatu yang jarang dapat dirasakan oleh orain.

Menerusi perkongsian yang sama di laman Instagramnya, Dr Muszapahar turut berkongsi foto mereka sekeluarga.

“Kami sentiasa mahukan keluarga yang besar. Tetapi mengandungkan anak kembar semasa hamil adalah risiko yang sangat tinggi memandangkan kami mengalaminya sebelumnya.

“Rasa mual berganda. Muntah berganda. Kembung berganda. Teringin berganda. Pendarahan berganda seperti yang pernah dialami isteri,” tulis Dr Muszaphar yang juga rakan kongsi Chef Ismail di Restoran Rebung.

Tambahnya isterinya juga ketika ini sedang menjalankan tanggungjawabnya sebagai petugas barisan hadapan dalam mendepani Covid-19.

“Agak Sukar melihat Dr Halina melalui trimester pertama dan masih bekerja sebagai frontliner yang merawat pesakit Covid dan dia benar-benar layak mendapat penghormatan dari saya

“Satu-satunya perkara yang dapat saya lakukan ialah menambah berat badan bersama yang juga sebahagian dari perjanjian. Haha.

“Salam semua. Cinta seperti selalu. Sekadar berkongsi berita gembira” tulis ayah kepada 4 cahaya mata ini.

Diruangan komen, rata-rata pengikut dan netizen meluahkan rasa gembira serta mengucapkan tahniah kepada pasangan itu di atas kurniaan cahaya mata kembar sekali lagi.

Dr Sheikh Muszaphar dan Dr Halina mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2010 dan kemudiannya dikurniakan empat cahaya mata iaitu Sophea Isabella, Sophea Natasha dan kembar lelaki iaitu Sheikh Adam dan Sheikh Noah.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.