
Emelda Rosmila Fail Saman, Tuntut Ganti Rugi Lebih 1 Juta Daripada Zarina Anjoulie
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sebelum ini kami ada melaporkan yang Zarina Anjoulie pada April lalu ada menuntut permintaan maaf dan pampasan sebanyak 4 juta terhadap dua orang selebriti senior iaitu Amyza Aznan dan Emelda Rosmila susulan kontroversi pertelingkahan sesama penggiat seni.
Terbaru seorang dari mereka iaitu Emelda Rosmila pula menuntut permohonan maaf daripada pelakon itu kerana menerbitkan kenyataan fitnah terhadapnya.
Baca artikel berkaitan : Zarina tuntut ganti rugi 4 juta terhadap Amyza dan Emelda
Menerusi satu kenyataan media, Emelda menyatakan permohonan maaf tersebut hendaklah disiarkan di media cetak, Facebook dan Instagram pelakon itu.
Selain dari itu, isteri kepada kepada pelakon dan pegacara Adlin Aman Ramlee turut menuntut satu saman dan pernyataan tuntutan balas berhubung video yang dimuat naik Zarina di Facebooknya itu.

Emelda dalam masa sama turut memfailkan pernyataan pembelaan terhadap saman dan pernyataan tuntutan oleh Zarina, menafikan pembabitannya dalam mengeluarkan fitnah terhadap Zarina melalui aplikasi Telegram di dalam kumpulan Covid-19 Persatuan Seniman dan di laman instagramnya
Difahmakan tuntutan balas dan saman itu telah diserahkan kepada peguam Zarina pada 9 Jun lalu dan Emelda kini menyerahkan perjalanan kes kepada mahkamah untuk menentukan kebenaran yang sahih.