fbpx
Now Reading
“Saya Hanya Mampu Tergelak” – Reaksi Boy Iman Selepas Diisytihar Muflis ?

“Saya Hanya Mampu Tergelak” – Reaksi Boy Iman Selepas Diisytihar Muflis ?

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Laporan media semalam melaporkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah mengisytiharkan usahawan dan pelakon Datuk Boy Iman, sebagai muflis berkuatkuasa pada 1 Julai 2020

Difahamkan ianya diputuskan mahkamah berikutan kegagalan Boy membayar kembali tuntutan hutang lebih RM60,000 yang dilakukan seorang individu membabitkan projek DBI Homes disekitar pertengahan tahun lalu.

Tidak tahu menahu

Boy iman atau nama sebenarnya Noruliman A Rahman bagaimanapun menerusi satu laporan Malaysiakini ‘hanya mampu tergelak’ selepas mengetahui perkara terbabit .

Dakwa Pengarah Urusan DBI Technology itu lagi , dia sebelum ini langsung tidak mengetahui yang dia sedang berdepan sebarang tindakan undang-undang terhadapnya.

Hanya mengetahui dari laporan media

“Saya pun baru tahu selepas membaca laporan disiarkan media sebentar tadi. Baru je baca, dan memang tak tahu apa-apa atau tak terima sebarang notis pun.

“Apabila saya merujuk kes ini pada peguam, dia juga memberi maklum balas yang sama. Apa boleh buat? Saya hanya mampu tergelak sajalah buat masa ni,” katanya dengan nada berseloroh kepada portal Malaysiakini

Penerbit filem Blok 404 itu bagaimanapun sedang mengumpul maklumat mengenai hal berkenaan dari peguamnya

Terdahulu, syarikat milik Boy Iman, DBI Technology Sdn Bhd pada tahun 2017 telah melancarkan satu program pembinaan rumah mampu milik yang dikenali sebagai DBI Homes .

Rumah tersebut dijual syarikatnya dengan harga RM 50,0000 sedangkan reka bentuk rumah berkenaan jika dinilai pada harga semasa tidak lari dari RM 200,000

Kisah rumah Boy Iman dan rumah tersebut kemudiannya menjadi tular selepas beberapa netizen orang tampil mendakwa Boy dan pasukannya menipu dalam projek tersebut.

Malah Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Sri Acryl Sani Abdullah Sani turut mengesahkan pihaknya ada menerima 188 laporan polis terhadap DBI bersama sebuah lagi syarika iaitu Juta Kelulut Global Resources.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.