fbpx

Sharifah Sakinah Akui Sudah Bercerai

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Akhirnya spekulasi rumah tangga pelakon Sharifah Sakinah bersama Aliff Adha terjawab selepas aktres itu mengesahkan yang mereka sudahpun bercerai sejak Mei lalu.

Memetik laporan Berita Harian,pasangan ini sudah tidak tinggal sebumbung sejak Mac lalu.

Berpisah pada Mei

“Kami berpisah secara rasmi pada Mei lalu.

“Tapi kami berpisah dengan baik. Keputusan ini juga perlu mengambil kira anak kami, Anais Adha yang berusia tiga tahun,” katanya kepada BH Online.

Letak kekurangan diri punca hubungan berakhir

Sakinah bagaimanapun menafikan punca perpisahan adalah berpunca dari orang ketiga seperti dakwaan sesetengah orang apatah lagi sebelum in ada yang mendakwa terlihat Aliff secara terbuka menggunakan aplikasi untuk bersosial di internet

Malah dia meletakkan kekurangan dirinnya antara punca hubungan mereka berakhir

“Saya tidak boleh jadi isteri yang baik. Saya sedar kekurangan diri. Soal dia nak guna aplikasi ‘dating’ … itu haknya. Suka hati dialah nak buat apa, saya tak campur.

“Selebihnya, biarlah saya dan dia bahagia dengan cara masing-masing… Itu sebaik-baiknya,” katanya.

Sharifah Sakinah dalam masa sama berharap penjelasan itu dapat memberi pencerahan kepada teka-teki dan persoalan berbangkit

Sakinah dan Aliff sebelum ini bernikah pada 28 Mac 2015 dan dikurniakan seorang anak perempuan , Anais Adha yang baru menginjak usia tiga tahun.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.