fbpx
Now Reading
Lengkap Berbusana Pengantin, Zarina Anjoulie Sudah Bernikah?

Lengkap Berbusana Pengantin, Zarina Anjoulie Sudah Bernikah?

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pelakon, Zarina Anjoulie Lavocah mencetuskan tanda tanya dikalangan peminat dan pengikutnya apabila dia memuat naik foto lengkap berbusana pengantin serba putih .

Menerusi beberapa posting di IG Story, Zarina yang siap berinai di jari turut berkongsi video sewaktu berada di Pejabat Agama Islam Daerah Seremban, Negeri Sembilan dimana kekasihnya Eilyas Azhar atau lebih mesra dengan panggilan Yas turut dilihat mengenakan busana pengantin serba putih

Lebih menguatkan spekulasi tersebut apabila ayah Zarina turut dilihat berada disana .

Bagaimanapun, setakat artikel ini ditulis, Zarina masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi .Namun jika benar sudah selamat diijabkabulkan, tahniah kami ucapkan dan semoga segala urusan dipermudahkan.

Dia sebelum sudah memberi bayangan akan mendirikan rumah dalam masa terdekat selepas beberapa kali berkongsi foto aktivitinya seperti menempah baju kahwin selain memaparkan iklan mencari jurufoto untuk majlis perkahwinannya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.