fbpx
Now Reading
Shukri Yahaya Selamat Timang Anak Kedua

Shukri Yahaya Selamat Timang Anak Kedua

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/CC2ugHkpzFa/

Tahniah kami ucapkan kepada pelakon Shukri Yahaya dan isteri, Tya Adnan yang selamat menyambut kelahiran anak keduanya sebentar pada pagi isnin.

Difahamkan Tya Adnan selamat melahirkan bayi lelakinya itu pada jam pl 2.18 petang tadi di sebuah pusat perubatan yang tidak dinamakan.

Berita gembira tersebut dikongsikan Shukri menerusi satu posting di laman Instagram miliknya

“Alhamdulillah, hari ini, Isnin 20/7/20, jam 2.18 petang, lahirlah adik lelaki @aairaameena.
 
“Terima kasih pada uncles dan aunties yang dooakan untuk kesihatan, keselamatan mommy @tyaadnan dan baby yang baru lahir ni.
 
“Harap Allah akan balas beribu lagi kebaikan pada semua yang mendoakan, Amin,” tulisnya menerusi satu entri di Instagram.

Menerusi posting sama, dia turut berkongsi video ringkas yang memperlihatkan aktor itu sedang memegang bayinya.

Dilihat ruangan komen, rata-rata pengikut teruja dan gembira diatas perkongsian tersebut. Ramai yang turut mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada pasangan berkenaan.

Terdahulu Shukri dan Tya Adnan yang disatukan pada 20 November 2015 telah dikurniakan seorang anak perempuan Aaaira Ameena yang kini berusia 4 tahun.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.