
Balu Abam Kecewa, Ali Puteh Senyap-Senyap Letak Batu Nisan Di Pusara Arwah
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Selepas 5 bulan meninggal dunia pusara pelawak terkenal Arwah Abam Bocey semalam telah selamat diletakkan batu nisan oleh adiknya pelawak Ali Puteh
Menerusi Instagram, Ali berkongsi foto sewaktu dia dan beberapa lagi individu dilihat sedang membina kepok dan meletakkan batu nisan di pusara arwah yang terletak di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu, Gombak
Tindakan Ali ini bagaimanapun telah mendatangkan rasa tidak senang buat balu arwah, Siti Nurhidayah Muhd Ali
Ali difahamkan melakukannya secara senyap tanpa memaklumkannya kepada Hidayah selaku balu kepada Abam.
“Saya pun tak tahu yang dia buat batu nisan ni. Dia tak hubungi saya langsung. Saya tahu lepas tengok di Instagram”
Hidayah
“Saya malas nak cakap apa-apa, baik saya diam saja,” katanya dalam nada kecewa kepada Mstar
Bapa NurHidayah iaitu Mohd Ali turut meluahkan rasa kecewa seolah anaknya tiada hak ke atas kubur arwah suaminya itu.
“Memang kami tak tahu ahli keluarga arwah bina kepok di kubur arwah,” jelasnya.
Terdahulu, Arwah Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan meninggal dunia pada 10 Februari lalu dipercayai akibat demam.
Dia dan Hidayah yang berkahwin pada 8 Disember 2017 kemudiannya dikurniakan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey.