fbpx
Now Reading
Berang Filem Di Jual RM1, Penerbit AADD Bakal Saman Laman E-dagang RM50 juta

Berang Filem Di Jual RM1, Penerbit AADD Bakal Saman Laman E-dagang RM50 juta

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak beberapa hari lalu kecoh mengenai filem Ada Apa Dengan Dosa yang dikhabarkan telah dijual secara cetak rompak di sebuah laman e-dagang terkemuka dengan harga serendah RM1.

Nyata berang dengan perkara tersebut Penerbit Pencil Pictures & Records, Datuk Ayu Puteh menegaskan ianya tidak seharusnya berlaku apatah lagi dia sudah menghabiskan modal jutaan ringgit menghasilkan filem tersebut.

Terbaru Datuk Ayu Puteh atau nama betulnya,  Normashayu Puteh, mendedahkan beliau bakal menyaman pihak e-dagang tersebut sebanyak RM50 juta.

“Sebaik mengetahuinya (keluar di Telegram), saya terus buat aduan kepada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) dan pihak Astro.

“Kemudian, saya buat laporan di Balai Polis Mutiara Damansara. Namun, selepas melihat tiada sebarang tindakan yang pantas saya buat aduan semula kepada FINAS sebab hati saya sangat marah bila tengok orang jual filem saya dengan harga RM1,” katanya.

Lebih menyakitkan hatiAyu apabila filem AADD sudah di jual di platform e-dagang terkenal selama dua bulan.

“Dia (pihak terbabit) rasa hidup ini dia punya, jual filem saya RM1. Selama dua bulan, penjualan berkenaan berlangsung di platform e-dagang itu dan sekarang pandai pula mereka turunkan iklan dan filem saya.

“Tahu pula takut, tapi semua bukti itu saya dah ada. Kalau pihak berkenaan turunkan (iklan filem) pun, semua bukti cukup. Saya dah simpan dan baru saya buka kes.

“Nak lari mana. Pihak peguam untuk uruskan kes undang-undang ini pun sudah saya lantik. Saya akan berjuang untuk membela filem hak cipta syarikat saya dan tuntut ganti rugi pada mereka,” katanya.

Enggan memamdang ringan isu cetak rompak ini, Ayu berkata dia akan berjuang sendiri memandangkan itu haknya malah filem tersebut adalah satu filem berkualiti hasil titik peluh dan usaha pasukannya

“Saya kena bangkit dan ambil tindakan saman ini sendiri untuk bela hak saya. Dalam bisnes, nak sewa apa tapak pun kena bayar dan dapatkan permit. Semua ada akta dan bukan boleh buat sesuka hati.

 “Walaupun ada orang persoalkan tindakan saya kenapa nak bising-bising apakah kerana filem saya itu sudah terjual puluhan juta? saya tak peduli semua itu.

 “Cakaplah apa pun, saya ambil tindakan sebab filem ini berkualiti dan bukan filem yang tangkap muat. Senang kata, bukan filem sampah. Saya sanggup berhabis wang buat penggambaran filem ini hingga ke luar negara di Eropah dengan pembiayaan sendiri sepenuhnya.

 “Saya tak minta dana FINAS pun sebelum ini. Bila saya mohon, dapatlah sedikit bantuan. Berjuta duit semua wang milik saya sendiri dikeluarkan hanya untuk hasilkan filem ini dengan baik. Jadi, bila filem saya jadi mangsa cetak rompak, takkan nak biar dan diamkan saja. Malah, menjadi hak saya nak tuntut ganti rugi hingga RM50 juta pun,” katanya.

Tambahnya lagi sebarang alasan dan penafian dari pihak e-dagang adalah tidak masuk akal.

“Kenapa mereka (pihak e-dagang) itu tak cuba jumpa saya, minta izin nak jadi pengedar. Susah sangat ke? Pihak Astro pun datang berbincang dan buat bayaran pada saya untuk hak penayangan.

“Saya ambil tindakan undang-undang atas paksi kebenaran. Lagi pun, saya dapat bantuan kewangan daripada FINAS sebanyak RM300,000 pun selepas filem AADD siap dihasilkan, itu pun sebab filem itu berkualiti dan FINAS gembira. Apapun, memang semua bajet filem, duit saya sendiri,” katanya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.