fbpx
Now Reading
Sempat Video Call Dengan Suami Sebelum Bersalin, Dayah Bakar Selamat Timang Anak Lelaki

Sempat Video Call Dengan Suami Sebelum Bersalin, Dayah Bakar Selamat Timang Anak Lelaki

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/CD93Y2PpyHl/

Pengacara dan penyanyi Dayah Bakar hari ini telah selamat melahirkan putera sulungnya pada pukul 2.23 petang Isnin secara pembedahan.

Meskipun menyambut kelahiran cahaya matanya itu tanpa suami, Kapten Muhammad Hanif Hamidi yang bertugas di Australia dan tidak datang pulang berikutab Covid-19, mereka bagaimanapun sempat berhubung menerusi video call sebelum bersalin

“Sebelum ini saya fikir pengalaman ini dapat dikongsikan bersama suami untuk meraikan kelahiran anak sullung bersama-sama.

“Namun, kita hanya merancang Tuhan menentukan.

“Siapa mampu menduga, ujian Allah memisahkan saya dan suami sekian lama. Namun, dengan doa yang tak putus dan kekuatan yang diberi Allah saya berjaya melaluinya.

“Sokongan suami dari kejauhan luar biasa. Begitu juga keluarga saya dan sebelah mentua yang selalu ada di depan mata.

“Biarpun suami tidak dapat melihat dekat perkembangan anak, pasti besar ganjaran Allah berikan untuk setiap ujian dan kemanisan ini,” katanya pengacara Borak Kopitiam itu kepada Berita Harian.

Berkongsi mengenai detik kelahiran anaknya, Dayah meluahkan rasa syukuyr kerana segala urusannya dipermudahkan

“Alhamdulillah, semuanya lancar dan dipermudahkan.

“Insya-Allah, foto dan nama anak akan saya kongsi selepas tujuh hari,” katanya.

Terdahuly sebelum kelahitan putera tersayang, Dayah dan suaminya telah memuat naik foto di Instagram yang disunting menampakkan mereka seolah berada di lokasi yang sama

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.