fbpx
Now Reading
Isu 2 Markah & Komen Pedih, Ajai Mohon Maaf Kepada Hafiz Zainal

Isu 2 Markah & Komen Pedih, Ajai Mohon Maaf Kepada Hafiz Zainal

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/CEO7YI6gmnV/

Selepas teruk dikecam, komposer dan penyanyi Ajai pada malam tadi telah tampil memohon maaf kepada peserta Big Stage 2020, Hafiz Zainal.

Permohonan maaf secara langsung tersebut dilakukan Ajai atau nama betulnya Mohd Faizal Maas yang merupakan juri tetap diawal permulaan konsert minggu kedua Big Stage.

“Saya akui saya salah perkataan, mungkin itu prinsip saya apabila menjadi seorang juri dalam sesebuah pertandingan,” katanya.

Tambah Ajai tindakannya hanya bertujuan untuk melihat kesemua peserta Big Stage berjaya apabila mereka keluar daripada program tersebut namun ternyata tindakannya tidak dapat diterima oleh masyarakat.

Terdahulu, Ajai teruk dikecam netizen malah beberapa orang ahli industri selepas menggunakan bahasa yang disifatkan tidak bersesuaian oleh mereka sewaktu memberikan komen kepada Hafiz Zainal yang membawakan lagu Fly Me To The Moon.

Bukan itu sahaja dia yang merupakan juri tetap bersama Faizal Tahir dan Dayang Nurfaizah kemudiannya memberikan markah terendah dalam sejarah Big Stage dan mana-mana pertandingan realiti iaitu 2 markah .

Susulan dari itu netizen meluahkan rasa marah sehingga ada yang melancarkan petisyen agar komposer berpengalaman itu disingkirkan dari Juri Tetap Big Stage 2020

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.