Balu Abam & Ali Puteh Naik Mahkamah, Berbalas Saman

Ramai pasti menyangkakonflik membabitkan keluarga Arwah Abam bersama balunya sudah pun selesai. Namun rupanya sebaliknya pula terjadi apabila dilaporkan sudah pun naik ke mahkamah hari ini, (rabu)

Memetik laporan Astro Gempak, Ali Puteh mengakui yang dia ada mengeluarkan saman terhadap kakak iparnya Siti Norhidayah Mohd Ali dan jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman.

Selain Ali selaku plaintif ke-4 , 3 lagi plaintif difahamkan ialah ibunya , ayahnya juga kakak sulungnya dan sebutan kes tersebut sudahpun berlangsung di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur petang tadi.

Jelas Ali, dia mengambil keputusan tersebut sebagai tindakan balas memandangkan kakak iparnya telah bertindak menyamannya terlebih dahulu

“Pihak mereka mengeluarkan saman terhadap kami dahulu. Selepas mendapat nasihat daripada peguam saya, beliau menyarankan agar kami pula mengambil tindakan terhadap Hidayah.

“Itupun selepas perbincangan dan mengambil kira beberapa faktor seperti kesan emosi kami sekeluarga sebaik sahaja video Hidayah bersama jutawan kosmetik Aliff Syukri menjadi tular.

“Banyak yang kami tanggung akibat video tersebut. Ibulah yang paling terkesan apabila kami ditohmah dan menjadi bahan hinaan masyarakat,” katanya.

Difahamkan Hidayah selaku defendan kedua sewaktu menjawab dakwaan plaintif mengaku telah membawa tabung berisi duit yang menurutnya merupakan hasil tabungan dia dan arwah Abam selain membawa empat utas jam tangan arwah seperti yang pernah dipersoalkan Ali suatu masa dahulu.

Namun Hidayah dilaporkan tidak bertanggung jawab terhadap semua kenyataan yang dibuat Aliff Syukri selaku defendan kedua atau wakil atau ejennya dalam rakaman video yang tular sebelum ini.

“Kami sekeluarga hanya mahu membersihkan maruah kami yang selama ini dipijak-pijak. Sebelum ini dia (kakak ipar) kata dihalau dari rumah sehelai sepinggang tetapi hari ini dia kata tidak bertanggung jawab dengan semua kenyataan dikeluarkan menerusi video Aliff Syukri.

“Semoga kebenaran akan terjawab selepas ini. Mungkin inilah yang Allah SWT nak tunjukkan selepas kami sekeluarga bersabar sekian lama. Saya bersyukur.

“Apapun saya maafkan semua yang telah mengeluarkan kata-kata kesat terhadap kami sekeluarga,” katanya.

Recent Posts

  • Automotif
  • Tips
  • Trending

Apa Nak Buat Kalau Kereta Terbakar Ketika Memandu? Ini Langkah-langkah Yang Perlu Diambil [Video]

Lelaki itu turut menasihati pemandu agar tidak kembali ke kenderaan jika semata-mata untuk melihat kebakaran…

1 hour ago
  • Trending

“Maaf Bukan Nak Kutuk” – Wanita Samakan Bau Laksa Sarawak Macam Jamu Jadi Perhatian [Video]

Hantaran tersebut nyata menarik perhatian warganet yang rata-ratanya mengecam dan menganggap wanita tersebut tidak menghormati…

3 hours ago
  • Trending

Pelajar Terpaksa Duduk Atas Lantai, Dr Akmal Saleh ‘Sekolahkan’ Pegawai JAIM [Video]

Menurut Dr Akmal Saleh, peruntukan untuk menyediakan keperluan sekolah telah diperoleh JAIM sejak bulan 12…

3 hours ago
  • Trending

Apa Hukum Orang Islam Tak Peduli Hal Negara Seagama Yang Ditindas, Ini Respon UAI [Video]

Menurut Ustaz Azhar Idrus, sebagai umat Islam, kita haruslah hidup secara bersaudara untuk saling menguatkan…

4 hours ago
  • News
  • Trending

CCTV Rakam Lelaki Curi Pakaian Dalam Wanita, Suspek Diburu Polis [Video]

Menurut Ketua Polis Daerah Barat Daya, insiden berkenaan belaku di sebuah rumah yang terletak di…

5 hours ago
  • Trending

Tular 3 Kereta Terbabas Kerana Jalan Licin Di Klang, Ramai Tuduh Geng ‘Longkai’ Tuang Minyak [Video]

Berdasarkan rakaman terbabit, kelihatan pemilik dashcam yang melalui jalan berkenaan pada waktu awal pagi semalam…

5 hours ago