
“Saya Buat Semua Demi Anak” – Isteri Abam Jawab Isu Saman Ali Puteh
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Malam tadi orang ramai dikejutkan mengenai perihal berbalas saman membabitkan balu arwah abam, Nor Hidayah Mohd Ali dan adik iparnya, Ali Puteh.
Menurut Ali, dia bertindak menyaman Hidayah sebagai membalas balik tindakan kakak iparnya yang telah mengeluarkan saman terlebih dahulu.
Terbaru, Hidayah yang dihubungi Astro Gempak memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai perkara terbabit .
Namun menurut Hidayah, dia yakin kebenaran akan terbongkar lambat laun.

“Buat masa sekarang ini, saya nak diamkan diri dulu. Nanti akan tahu juga perkara yang sebenar,” katanya ketika dihubungi Gempak.
Tambah Hidayah, apa sahaja yang dilakukannya ada demi anak tunggalnya, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey.

“Saya hanyalah ibu tunggal yang mencari rezeki dengan titik peluh sendiri menjual cempedak goreng untuk menyara anak,” katanya lagi.
Hidayah dan Abam yang berkahwin pada 8 Disember 2017 kemudiannya dikurniakan seorang anak lelaki Syed Uthman Hamzah Al- Juffrey yang kini menginjak usia setahun dua bulan.
Baca artikel berkaitan :