fbpx
Now Reading
BTS Jadi Artis Korea Selatan Pertama Ungguli Tempat Pertama Carta Billboard

BTS Jadi Artis Korea Selatan Pertama Ungguli Tempat Pertama Carta Billboard

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebut sahaja nama BTS, baik peminat mahupun bukan pasti cukup mengenali kumpulan Boy Band dari Korea Selatan ini.

Gelombang dan pengaruh yang dibawa mereka begitu besar, malah antara faktor industri pelancongan di Korea Selatan terus berkembang . Percaya atau tidak, kajian sebelum ini mendapati 900,000 pelancong yang datang ke negara itu disebabkan pengaruh BTS.

Bukan itu sahaja, rekod mereka di industri hiburan juga terus berkembang dan meningkat dan kerap memecahkan rekod dunia.

Baru sahaja menewaskan beberapa bintang terkenal dari Amerika Syarikat seperti Lady Gaga, Ariana Grande, dan Taylor Swift bagi kategori ‘anugerah pop terbaik’ di Anugerah Video Muzik MTV (VMA) 2020, BTS sekali lagi mencuri tumpuan apabila menjadi artis kumpulan Korea Selatan pertama yang menduduki tangga teratas carta single Amerika Syarikat (AS).

Billboard menerusi satu perkongsian di laman Twitter pada Selasa, berkata BTS menerusi lagu hit terbaharu mereka, Dynamite kini menghuni tempat pertama dalam carta Billboard Hot 100.

Yang menariknya mereka pada 2 minggu lalu baru sahaja memecahkan rekod Youtube menjadi lagu paling banyak tontonan dalam 24 jam pelancaran dengan 101.1 juta tontonan.

Malah lagu ini juga menjadi lagu paling banyak tontonan secara live sewaktu pelancarannya di Youtube dengan 3 juta penonton.

Satu yang pasti, percaturan mereka dengan menghasilkan single pertama dalam bahasa Inggeris ini benar-benar menjadi, dan pastinya lebih banyak rekod akan dipecahkan selepas ini.

Carta single Billboard Hot 100 menggabungkan penstriman di AS, tayangan radio dan data penjualan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.