Hampir 5 Juta Views, Marvel Keluarkan Video Tribute Khas Untuk Chadwick Boseman

Pemergian peneraju utama Black Panther, Chadwick Boseman yang meninggal dunia akibat kanser kolon tahap 4 beberapa hari lalu benar-benar mengejutkan peminatnya.

Bukan itu sahaja, peminat dan tenaga produksi francais Marvel Cinematic Studios, juga pasti turut bersedih atas pemergiannya aktor berusia43 tahun itu sebelah dia dilaporkan sudahpun bertarung dengan sakit ini dari tahun 2016 lagi sewaktu dia mula membintangi filem adi wira tersebut.

Ini membuatkan ramai begitu menghormati kecekalannya untuk meneruskan kehidupannya sebagai anak seni dan dalam masa sama sibuk mendapatkan rawatan kimoterapi dan pembedahan untuk penyakitnya.

Terbaru sebagai menghormati pemergian Boseman, Marvel Studios telah membuat satu video Tribute yang kemudiannya dikongsikan kepada orang ramai di saluran Youtube mereka.

Video berdurasi 4 minit 43 saat itu memperlihatkan beberapa adegan belakang tabir sewaktu mendiang terlibat pembikinan filem Black Panther dan temubual bersama rakan-rakan yang pernah bekerjasama dengannya.

Dalam masa dua hari sahaja video tersebut telah mencecah hampir 5 juta tontonan dan dijangka akan terus meningkat dalam masa terdekat.

Sebagai rekod Black Panther merupakan filem superhero kedua yang dibawa mendiang selepa muncul kali pertama dalam filem Captain America: Civil War sebagai Prince T’Challa/Black Panther.

Filem tersebut bukan hanya mendapat pencalonan di beberapa acara anugerah bertaraf global, malah kekal menjadi top 15 filem paling laku di dunia. Setakat artikel ditulis Black Panther kekal di tempat ke-12 dengan kutipan $1,347,280,838.

Bukan itu sahaja, filem berkenaan dan lakonannya yang hidup menaikkan nama Boseman malah mengangkat mendiang menjadika satu inspirasi kepada golongan kulit hitam di Amerika Syarikat dan seluruh dunia.

Pemergian beliau pastinya meninggalkan kesan yang mendalam kepada rakan industri dan peminat malah kepada peminatnya di seluruh dunia. Malah ramai yang mengabdikan kata-kata yang pernah digunakannya aktor tersebut.

“In my culture, death is not the end, It’s more of a stepping off point “

Chadwick Boseman (1977-2020)

Recent Posts

  • Trending

Dituduh Tak Cakna Isu Di Rafah, Ning Baizura Akhirnya Tampil Beri Penjelasan [Video]

Menurut Ning Baizura, dia juga tahu mengenai apa yang berlaku di Palestin, tidak seperti apa…

18 hours ago
  • Trending

Islam Tidak Merestui Perbuatan Atau Penganjuran ‘Speed Dating’ – Mufti Pulau Pinang

Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…

2 days ago
  • News
  • Trending

KPN Sahkan Suspek Kes Serangan Balai Polis Ulu Tiram Anggota JI, 7 Individu Ditahan

Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…

2 days ago
  • Trending

“Mentaliti Rendah” – Pemandu Parkir Kereta Di Selekoh & Pejalan Kaki Dikecam

Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…

2 days ago
  • Hiburan
  • Trending

Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia, Mohon Maaf Pada Ibu Dalam Ucapan Hari Jadi

Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.

2 days ago
  • Trending

“Tak Perlu 8 Bulan”- Dr Akmal Saleh Bantu Selesai Masalah Ketiadaan Meja & Kerusi Dalam Tempoh 24 Jam [Video]

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…

2 days ago