fbpx
Now Reading
Tahniah! Mira Filzah Sah Isteri Kepada Wan Emir

Tahniah! Mira Filzah Sah Isteri Kepada Wan Emir

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/CEq5hy_hHtB/

Dengan sekali lafaz, aktres cantik Mira Filzah, 27, sah bergelar isteri kepada arkitek Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar, 30 di di Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara tepat 9 malam tadi.

Mira atau nama sebenarnya , Nuramira Filzah Binti Badioezaman dinikahkan sendiri oleh ayahnya dihadapan Pendaftar Perkahwinan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Mohd. Abdul Nasir Abdullah.

Bagi majlis tersebut pengantin perempuan menerima 11 dulang hantaran daripada pihak lelaki dan dibalas dengan sembilan dulang hantaran.

Majlis yang dijalankan secara tertutup tapi meriah ini diserikan dengan kehadiran 250 tetamu yang terdiri dari keluarga kedua Mira dan juga Wan Emir, kenalan rapat juga rakan media.

Terdahulu Mira menerusi satu posting di Instagram pada petang tadi memohon maaf kerana tidak dapat mengundang ramai tetamu ke majlis pernikahannya ekoran keadaan yang tidak mengizinkan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.