fbpx
Now Reading
Beberapa Hari Bertarung Nyawa, Peserta Big Stage Sandra Dianne Meninggal Dunia

Beberapa Hari Bertarung Nyawa, Peserta Big Stage Sandra Dianne Meninggal Dunia

Lagi beberapa hari je dia nak sambut hari kelahirannya..

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/CE9uPycBTvx/https://www.instagram.com/p/CE9vD8qgxrr/https://www.instagram.com/p/CE90dyLngZq/

Selepas beberapa hari bertarung nyawa, penyanyi Sandra Dianne yang juga peserta Big Stage 2020 meninggal dunia pada awal pagi Jumaat di Hospital Putrajaya.

Sandra atau nama sebenarnya Alessandra Dianne Ampuria, 25 mengalami kemalangan di Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) ketika dalam perjalanan ke Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) untuk raptai penuh konsert Big Stage minggu lalu.

Dia yang tidak sedarkan diri kemudiannya dikejarkan ke hospital berkenaan dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Bakal menginjak usia 26 tahun 5 hari lagi

Lebih memilukan, Sandra bakal menginjak usia 26 tahun pada 16 September ini namun apakan daya.. Tuhan lebih menyayanginya.

Berita sedih itu dikongsikan oleh beberapa rakan selebriti dan rakan terdekat penyanyi berkenaan.

Sebelum menyertai Big Stage, anak kelahiran Tuaran Sabah yang merupakan artis naungan syarikat rakaman Sony Music sudah dikenali ramai menerusi lagu Hey Kau.

Kami di Buzzkini mendoakan agar roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang yang beriman..

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.