fbpx
Now Reading
“Kamu terbaik San..Sumpah Aku Benggang Kau Tinggalkan Aku…” – Neeta Terkilan Dengan Pemergian Sandra

“Kamu terbaik San..Sumpah Aku Benggang Kau Tinggalkan Aku…” – Neeta Terkilan Dengan Pemergian Sandra

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/CE-IFKgFaoF/

Pemergian mengejutkan penyanyi Sandra Dianne selepas beberapa hari bertarung nyawa di ICU pada awal pagi tadi jelas memberi kesan kepada seorang rakan baiknya, Neeta Manisha, vokalis IamNeeta yang juga Naib Juara Big Stage 2019.

Menerusi satu perkongsian di Instagram Neeta meluahkan apa yang terbuku di hatinya sejurus mendapat tahu pemergian rakannya itu.

Jelas Neeta terlalu banyak perkara yang ingin dilakukannya bersama Sandra, namun apakan daya, Sandra sudahpun pergi dahulu meninggalkannya dan semua yang lain di dunia.

“Sandra sepatutnya menari di majlis perkahwinan saya dan kejayaannya sehingga di peringkat akhir Big Stage patut diraikan.

“Tak apa San (Sandra) kamu dah melalui berbagai perkara dan sekarang kamu berada di tempat yang baik.”

Menerusi posting sama, Neeta turut berkongsi sekeping foto dipercayai diambilnya di hadapan bilik mayat Hospital Putrajaya.

Jelas Neeta lagi meskipun terkilan dengan pemergiannya, dia bagaimanapun berbesar hati pernah diberi peluang berkenalan dengan sahabat sebaik Sandra.

“Teruskan bergembira San. Berseronoklah di Syurga, doakan kami di sini baik-baik sahaja”

“Dia seorang yang sangat ‘chill’ dan selalu lepak bersama saya. Kamu terbaik San. Sumpah aku bengang dengan kau, San sebab kau tinggalkan aku awal. Aku akan rindukan kau San.

“Aku rindu keyakinan kau menyanyi di depan kawan-kawan. Mengenali kau adalah satu penghormatan. Aku rindukan kau. Jangan lupa lepak dalam mimpi saya” katanya lagi.

Sandra, 26, terlibat dalam satu kemalangan jalanraya yang berlaku apabila kenderaan dihadapannya berhenti secara mengejut. Lokasi kemalangan disahkan berlaku di Lebuhraya Damansara – Puchong (LDP). Ketika itu, Sandra dan sepupunya difahamkan sedang menuju ke lokasi latihan konsert mingguan Big Stage di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.