fbpx
Now Reading
Sandra Dianne Akan Dikebumikan Di Sabah

Sandra Dianne Akan Dikebumikan Di Sabah

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Selepas beberapa hari bertarung nyawa, penyanyi Sandra Dianne yang juga peserta Big Stage 2020 dimaklumkan telah meninggal dunia pada awal pagi Jumaat di wad ICU Hospital Putrajaya .

Memetik laporan Harian Metro, syarikat rakaman Sony Music Entertainment Malaysia menerusi jurucakap mereka, Veea Norman telah memaklumkan bahawa jenazah Allahyarhamah akan dibawa pulang dan dikebumikan di kampung halamannya,  Kg Kauluan, Tuaran, Sabah

“Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya ingin mengesahkan Sandra Dianne meninggal dunia pada hari ini, 11 September 2020  pada jam 1 pagi di Hospital Putrajaya. 

“Jenazah akan dibawa pulang ke Sabah dan akan dikebumikan di Kg. Kauluan, Tuaran. 

Dalam pada itu Veaa mewakili keluarga Allahyarhamah memohon orang ramai untuk mendoakan supaya segala urusan pengebumian dipermudahkan

“Pihak keluarga Sandra memohon untuk semua mendoakan agar segala urusan pengebumian dipermudahkan dan memohon maaf bagi pihaknya jika ada salah dan silap. Sama-sama kita sedekahkan al-Fatihah,” katanya.

Sandra pada minggu lalu telah mengalami kemalangan sewaktu dalam perjalanan ke Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) bagi menghadiri raptai penuh konsert Big Stage.

Susulan dari kemalangan itu, dia yang tidak sedarkan diri dibawa ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Putrajaya bagi rawatan susulan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.