fbpx
Now Reading
“Kamu Seolah Tuduh Saya Bunuh Anak Sendiri” – Ibu Sandra Dianne

“Kamu Seolah Tuduh Saya Bunuh Anak Sendiri” – Ibu Sandra Dianne

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Nampaknya satu persatu ujian yang dihadapi Ibu kepada penyanyi dan peserta Big Stage 2020 Allahyarhamah Sandra Dianne, iaitu Nur Syakinah.

Dia bukan sahaja baru kehilangan anak, malah kini kerap menerima komen negatif dari segelintir netizen yang langsung tidak beperikemanusian.

Terbaru Nur Syakinah menerusi laman Facebook miliknya meluahkan rasa kecewanya dengan komen yang yang agak biadap yang telah ditinggalkan oleh seorang netizen yang tergamak menuduhnya menjadi punca kematian penyanyi itu.

Beliau yang turut berkongsi screenshot komen tersebut menyifatkan apa sahaja yang ditulis individu tidak bertanggungjawab tersebut adalah satu fitnah buat dirinya serta keluarganya.

“Allahuakhbar. Banyaknya fitnah yang bertebaran. Kuatkan hati hamba Mu ini Ya Allah. 

“Kepada **** ***, kami tak tau pula kalau kamu salah seorang daripada ahli keluarga kami yang tersesat nun di negeri Kedah, sehinggakan komen kamu tentang kematian anak saya seolah-olah kamu ada di hospital ketika anak saya meregang nyawa.

Antara komen lain yang ditulis oleh individu terbabit

“Saya anggap komen kamu keterlaluan dan ianya fitnah besar yang harus saya pikul. 

“Kamu seolah-olah menuduh saya telah membunuh anak sendiri dan sengaja memilih tarikh yang jatuh pada hari Jumaat untuk kematian anak saya. Sungguh kamu tak punya hati nurani sebagai seorang insan!” tulis Syakinah lagi.

Ini fitnah & saya akan saman kamu

“Untuk pengetahuan kamu dan juga semua orang yang membaca luahan hati saya ni. Selepas 3 hari kemalangan iaitu pada hari Selasa, anak saya dah boleh bernafas sendiri dengan sedikit bantuan oksigen. Pada hari Rabu dia menjalani pembedahan tube pernafasan untuk membantu dia bernafas sendiri tanpa bantuan mesin. Sila rujuk gambar!

“Selepas pembedahan dia stabil pada siang hari Khamis tu, saya menjaganya di wad sepanjang hari sehingga ke malam, tak makan tak minum. Keadaannya menjadi tenat mulai jam 11pm sehingga lah membawa kepada kematiannya pada jam 1am Jumaat.

“Ketika dia tenat, doktor bertungkus lumus untuk membantu dia. Jadi, di mana rasionalnya kamu menuduh kami ahli keluarganya sengaja menyuruh doktor mencabut mesin pernafasanya sedangkan dia sudah boleh bernafas sendiri?! Ini fitnah dan saya akan saman kamu” tulis Syakinah lagi,

Syakinah turut menjelaskan  arwah selepas menjalani pembedahan sudahpun dapat bernafas dengan sendirinya. Namun , keadaan kesihatannya sehari selepas itu merosot sehinggalah pada jam 1 dimana dia menghembuskan nafas terakhirnya.

Difahamkan Syakinah bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap individu terbabit kerana menyebarkan fitnah.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.