fbpx
Now Reading
Aliff Aliz Dihukum Penjara 2 Minggu, Denda S$500 Atas Kesalahan Mencuri & Berkelakuan Tidak Senonoh

Aliff Aliz Dihukum Penjara 2 Minggu, Denda S$500 Atas Kesalahan Mencuri & Berkelakuan Tidak Senonoh

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Penyanyi dan pelakon Aliff Aziz telah dijatuhkan hukuman penjara dua minggu dan denda RM1500 ($500) selepas dia didapati bersalah atas kesalah mencuri dan berkelakuan tidak sopan di khalayak ramai. 

Aliff atau nama sebenarnya Mohamad Aliff Aziz difahamkan mengaku bersalah di Mahkamah Negara Singapura atas dua pertuduhan itu pada 7 Ogos lalu. 

Menerusi kertas pertuduhan yang dibacakan, Aliff didakwa mencuri wang sebanyak $300 (RM915) dan 1 juta rupiah (RM285) milik pelakon dan juga ahli politik Indonesia, Raja Yunika Perdhana Putri di dalam bilik hotel di Nanson Road berdekatan Havelock Road, Singapura pada 7 Jun tahun lalu.

Menurut Timbalan Pendakwa Raya Sarah Siaw berkata, Aliff kemudian mengakui telah mencuri wang tunai itu kerana “dia memerlukan wang”.

Aliff sewaktu menghadiri perbicaraan di Mahkamah Negara Singapura pada November tahun lalu Foto : Berita Harian Singapura

Aliff kemudian menggunakan wang tunai itu untuk makanan dan pengangkutan.

Dalam satu lagi kes berbeza Aliff didapati mabuk di bawah jambatan pusat membeli-belah Orchad Towers sekitar pukul 5.30 pagi pada 10 November tahun lalu. 

Seorang pegawai polis yang berada di sekitarnya melihat dia menjerit dengan kuat dan memberi isyarat kepada seseorang. 

Sarjan Theodore Lee, 24 kemudiannya meminta Aliff untuk bertenang dan dia mematuhinya buat seketika. Namun Aliff kembali menjerit-jerit selepas satu jam kemudiannya.

Aliff mula menceburi bidang hiburan selepas memenangi pertandingan Singapore Idol versi Suria saluran Melayu iaitu Anugerah pada tahun 2007 .

Dari situ namanya terus melonjak dan semakin dikenali baik di Singapura juga di Malaysia.

Dia kemudiannya berkahwin dengan penyanyi Bella Astillah pada tahun 2016 sebelum bercerai pada 16 Mei 2019. Namun mereke difahamkan telah merujuk sewaktu dalam tempoh edah dan kini dikurniakan dua cahaya mata Ayden Adrean, 3, dan Ara Adreanna yang baru berusia 2 bulan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.