Now Reading
Pelawak Gbob Selamat Jalani Pembedahan Pasang Tempurung Kepala

Pelawak Gbob Selamat Jalani Pembedahan Pasang Tempurung Kepala

Pelakon dan pelawak, Gbob difahamkan sudah selamat menjalani pembedahan memasang kembali tempurung kepalanya pada 12 September lalu

Perkara itu dikongsikan isterinya Siti Aisyah Wahiddin menerusi satu perkongsian ringkasnya di Facebooknya yang berbunyi “Pembedahan (Gbob) sudah selesai, Alhamdulillah”

Doktor sebelum ini terpaksa mencabut tempurung kepala Gbob atau nama betulnya Hamizi Hashim, 33, pada Mac lalu bagi menjalankan pembedahan membuang darah beku di bahagian kepalanya selepas terjatuh dalam bilik air di rumahnya

Nampak semakin baik selepas hari ke-2 pembedahan

Jelas Aisyah lagi, keadaan Gbob selepas hari ke-2 pembedahan juga semakin baik namun dia masih memerlukan sokongan dari segi emosi dan kerap mengadu sakit kepala.

“Hari ke- 2 nampak dia semakin ok. Cuma emosi saja kurang stabil dan mengadu sakit kepala… ” kata Aisyah.

Tambahnya lagi, pihak hospital ketika ini belum lagi membenarkan Gbob untuk menerima mana-mana pelawat bagi memastikan dia betul-betul stabil.

Wajah kesayangan saya… Semoga cepat sembuh. Kepada sahabat handai dan saudara mara, buat masa ni pihak hospital belum membenarkan sesi melawat lagi. Jadi kena tunggu Gbob betul-betul stabil dan boleh pulang ke rumah. Nanti saya maklumkan.

Keadaan Gbob pada Jun lalu selepas menjalani satu pembedahan kecil membuang ketumbuhan pada di tekaknya Foto : Gbob

Dia dalam masa sama turut mengharapkan orang ramai untuk mendoakan suaminya kembali sihat dan dapat menerusikan kehidupan seperti biasa disamping kembali ke dunia seni.

Apa pun terima kasih atas doa dan bantuan kalian semua. Doakan yang terbaik untuk Gbob supaya dia boleh kembali ke dunia seni dan menjadi insan biasa seperti sediakala.

Menerusi laporan dari Harian Metro sebelum ini, Siti Aisyah memberitahu bahawa dia mengunakan duit sendiri bagi membiayai kos rawatan pembedahan suaminya kerana buntu bagaimana caranya untuk mendapatkan bantuan dari mana-mana pihak dalam waktu singkat itu.

See Also

Foto GBob dan Aisyah 2 hari sebelum pembedahan memang tempurung kepala. Foto : Siti Aisyah Wahiddin

Menurutnya lagi, walaupun kos pembedahan masih belum diketahui. Namun, Aisyah memaklumkan harga titanium plate untuk pembedahan berjumlah RM600 dan dia mengunakan wang sakunya sendiri bagi membiayai kos rawatan tersebut.

“Doktor bagi masa sebulan untuk cari wang bagi titanium plate. Jadi saya kenalah guna duit sendiri.”

“Kos keseluruhan pembedahan hanya diketahui apabila suami saya dibenarkan keluar dari hospital nanti.” Katanya lagi.

Difahamkan Aisyah ketika ini sedang dalam prose menghantar permohonan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) memandangkan suaminya pernah bekerja sebagai pengurus bahagian penyediaan makanan dan minuman di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur sebelum melompat ke dalam dunia seni.

© 2020 BuzzKini. All Rights Reserved.