fbpx
Now Reading
Demi Rumah Tangga, Penyanyi Korea Lee Hyori Tutup Akaun IG

Demi Rumah Tangga, Penyanyi Korea Lee Hyori Tutup Akaun IG

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Penyanyi, Lee Hyori mendedahkan punca sebenar dia menutup akaun Instagramnya adalah demi menjaga hubungan bersama suaminya, Lee Sang Soon.

Menurut bekas ahli kumpulan Fin.K.L itu dia dan suaminya banyak menghabiskan masa melihat sosial media di telefon mereka berbanding berbual antara satu sama lain.

Jelasnya dia sendiri kerap menghabiskan masa lapangnya dengan bermain Instagram sekurang-kurangnya sejam hingga dua jam dalam sehari.

Bukan sebab komen negatif

Namun, Lee Hyori menegaskan bahawa komen negatif bukanlah faktor utama dia menutup akaun Instagramnya. Tapi, memilih atas faktor lain yang menyebabkan dia bertindak begitu.

Tambahnya pula, dia sempat menelefon suaminya untuk memberitahu dia mengambil langkah besar iaitu memadam akaun Instagram miliknya.

“Bagus, tahniah. Tahniah kerana lari dari dunia siber.” suaminya mengatakan kepada Hyori.

“Ia terasa seperti bersara, saya berfikir kuasa Instagram berbeza sekarang. Saya perlu mencari alternatif lain untuk berkomunikasi bersama peminat saya. Adakah surat?” katanya lagi.

Lee Hyori

“Saya baru bercadang untuk memadamnya selepas memuat naik pesanan terakhir, mengapa saya memadamnya tiba-tiba? Saya juga sudah menulisnya dalam bahasa inggeris untuk peminat luar negara.” ujarnya apabila bercakap mengenai peminatnya.

Lee Hyori, 41, kini berkongsi niatnya untuk menjauhkan diri dari sosial media dan kali terakhir dia ‘mengupload’ gambar selfienya itu di Instagramnya pada 3 September sebelum menyah aktifkan akaunnya itu.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.