Sharnaaz Bersetuju Bayar Nafkah Anak, Noor Nabila Selalu Dapat ‘DM’ Pasal Isu Penceraian?

Bekas isteri kepada Sharnaaz Ahmad, Noor Nabila mendedahkan akaun Instagram miliknya kerap ‘dibanjiri’ mesej dari orang ramai yang ingin ingin bertanyakan mengenai isu penceraian.

Nabila memberitahu, antara pertanyaan yang selalu ditanya adalah bagaimana dia masih kuat untuk berhadapan dengan bekas suaminya, Sharnaaz Ahmad.

“Bagi saya, kita kena tahu apa yang kita nak dalam hidup kita.

“kalau anak keutamaan kita, fokuskan hal itu dan selesaikan dengan cara yang baik dengan bekas suami.

“Teruskan hidup dan jangan ada simpan amarah atau dendam terhadapnya kerana tak bagus untuk kesihatan dan juga emosi.

“Begitu juga dengan anak, tak baik untuk perkembangan anak-anak.” ujarnya mengenai isu penceraian.

Noor Nabila Mohd Noor, 36, juga sempat memberikan nasihat kepada orang ramai agar tidak bercerai jika hanya perkara kecil saja.

Ushawan selebriti ini mengesyorkan jika ada masalah, bawalah berbincang tak perlu datang ke mahkamah kerana ia akan membuatkan perkara tersebut menjadi lebih besar.

Foto : Noor Nabila

“Kalau kita buat decision secara drastic, benda takkan boleh settle. Tak perlu ‘DM’ saya sebab saya tak boleh tolong, tapi bertanyalah kepada peguam.” katanya ketika hadir di Mahkamah Tinggi Syariah, Kuala Lumpur, semalam.

Sharnaaz dan Nabila hadir di Mahkamah Tinggi Syariah untuk memerterai satu persetujuan termasuklah kes berkaitan dengan pembatalan nusyuz, hadanah (hak penjagaan) dan nafkah edah.

Foto : Hmetro

Sharnaaz Ahmad yang bersetuju untuk membayar RM1,200 sebulan untuk nafkah anaknya, Jebat Jayden.

Noor Nabila Mohd Noor dan Sharnaaz Ahmad berkahwin pada 31 Mac 2017 dan hasil perkahwinannya itu, mereka dikurniakan anak lelaki, Jebat Jayden yang kini berusia dua tahun. 

Recent Posts

  • Trending

Dituduh Tak Cakna Isu Di Rafah, Ning Baizura Akhirnya Tampil Beri Penjelasan [Video]

Menurut Ning Baizura, dia juga tahu mengenai apa yang berlaku di Palestin, tidak seperti apa…

4 hours ago
  • Trending

Islam Tidak Merestui Perbuatan Atau Penganjuran ‘Speed Dating’ – Mufti Pulau Pinang

Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…

1 day ago
  • News
  • Trending

KPN Sahkan Suspek Kes Serangan Balai Polis Ulu Tiram Anggota JI, 7 Individu Ditahan

Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…

1 day ago
  • Trending

“Mentaliti Rendah” – Pemandu Parkir Kereta Di Selekoh & Pejalan Kaki Dikecam

Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…

1 day ago
  • Hiburan
  • Trending

Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia, Mohon Maaf Pada Ibu Dalam Ucapan Hari Jadi

Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.

1 day ago
  • Trending

“Tak Perlu 8 Bulan”- Dr Akmal Saleh Bantu Selesai Masalah Ketiadaan Meja & Kerusi Dalam Tempoh 24 Jam [Video]

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…

1 day ago