fbpx
Now Reading
Raja Afiq Kini Sah Bergelar Suami Polis Viral Soffwany Yusoff

Raja Afiq Kini Sah Bergelar Suami Polis Viral Soffwany Yusoff

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tahniah kami ucapakan kepada pelakon Raja Afiq yang selamat melangusngkan perkahwinannya dengan gadis pilihan hatinya, Soffwany Yusoff, seorang anggota polis yang juga penyanyi BBNU (Suara Viral) di Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah, di sini, pagi tadi.

Pasangan ini dinikahkan bapa pengantin perempuan, Mohamad Yusoff Lebai Hamzah, pada jam 9 pagi tadi dihadapan 18 tetamu.

Pada majlis itu, Raja Afiq menyerahkan wang hantaran RM15,000, mas kahwin RM1,101 serta lima dulang berbalas tujuh dulang dari pengantin perempuan.

“Alhamdulillah, biarpun perkenalan kami singkat, jodoh kuat mendekati kami. Kami berkenalan sejak akhir tahun lalu dan mula rapat, awal tahun ini.

“Selepas mengikat pertunangan pada awal Mac lalu, kami merancang majlis pernikahan, Ogos lalu.

“Namun, banyak perkara tergendala selepas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Akhirnya, majlis dianjak bulan ini.

“Semoga fasa baru hidup kami ini akan terus membahagiakan… Insya-Allah,” kata Raja Afiq kepada portal BH.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.