
Dilihat Muncul Di Pejabat Agama, Ramai Doakan Hubungan Puteri Sarah Dan Syamsul Yusuf
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sejak beberapa hari lalu hangat diperkatakan mengenai hubungan pasangan selebriti Puteri Sarah dan Syamsul Yusuf selepas aktres itu dilihat muncul di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak. Bukan itu sahaja dia juga dikatakan tidak lagi mengikuti laman Instagram pengarah muda tersebut.
“ Tiada apa yang nak dikongsikan buat masa ini ” ujar Puteri Sarah yang mengenakan jubah dan bertudung hitam ketika itu.

Ketika isteri kepada Syamsul Yusuf memasuki perkarangan pejabat agama dan menuju ke unit undang-undang keluarga. Rata-rata individu yang berada di situ tertanya-tanya akan tujuannya di mahkamah.
Dikhabarkan, suami pelakon itu juga tidak lagi memuat naik foto keluarganya di Instagram kecuali pada Mei 2020. Dan pada kali terakhir Syamsul Yusuf memuat naik foto bersama isterinya, Puteri Sarah ialah pada November 2019.

Tahun ini merupakan tahun ke-6 perkahwinan mereka dan pasangan ini telah mengikat tali perkahwinan pada 8 Mac 2014. Mereka juga telah dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 3, dan Sumayyah, 1.
Susulan dari itu, ramai netizen dan peminat mendoakan agar hubungan pasangan ini baik-baik sahaja apatah lagi pasangan ini boleh dikatakan jarang terkait dengan sebarang isu rumahtangga. Diharapkan agar pasangan ini dapat menyelesaikan dengan cara yang baik.
Semoga yang baik-baik sahaja buat Puteri Sarah dan suaminya, Syamsul Yusuf.