fbpx
Now Reading
Safiey Ilias Didenda RM23,000

Safiey Ilias Didenda RM23,000

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/CFYsS2zh61K/

Usahawan kosmetik, Safiey Ilias hari ini mengaku bersalah atas dua pertuduhan membabitkan kesalahan di bawah Peraturan 7 (1)(a) iaitu Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur.

Dia kemudian diperintahkan untuk membayar denda RM5,000 bagi pertuduhan pertama manakala RM18,000 bagi pertuduhan kedua.

Safiey atau nama sebenarnya Mohd Saifuddin Ilias yang ditemui media kemudiannya berkata, yang dia berharap perkara tersebut akan menjadi pengajaran buat semua pihak.

“Saya mengaku bersalah dan alhamdulillah kes sudah selesai. Saya juga sudah menjelaskan kesemua denda RM23,000 tadi. 

“Apa yang boleh diperkatakan, saya harap perkara ini menjadi pengajaran bukan saja diri sendiri tapi orang lain juga.

“Saya tidak mahu memanjangkan lagi perkara ini demi menghormati undang-undang,” katanya kepada portal Harian Metro.

Dalam pada itu Safiey enggan mengulas lanjut mengenai dirinya disabotaj pihak tertentu

“Macam dikatakan, saya tidak mahu memanjangkan isu ini. Saya mahu ia selesai cepat dan sebab itu saya mengaku bersalah.

“Terima kasih atas doa dan sokongan yang berterusan diberikan kepada saya,” katanya

Jangan percaya orang sangat nanti kena sabotaj

Bagaimanapun menerusi Instagramnya, Safiey ada memuat naik satu perkongsian baharu yang menyebut perkataaan ” Jangan percaya orang sangat, nanti kena sabotaj” pada ruangan kapsyennya

Menerusi entri tersebut dia turut memuat naik screenshot laporan berita yang dikeluarkan portal tersebut.

Harian Metro beberapa hari lalu ada melaporkan  waran tangkap sudah dikeluarkan ke atas usahawan tersebut diatas kegagalannya hadir ke prosiding Safiey ekoran dia dua kali gagal hadir pada prosiding yang dijalankan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.