fbpx

Kehangatan Gegar Vaganza Semakin Terasa, Ini Senarai Penuh 14 Bintang Yang Bertanding

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/CFbzfUtAIQK/https://www.instagram.com/p/CFbu631g4T7/

Nampaknya Gegar Vaganza tahun ini pasti menjanjikan ‘sesuatu’ kepada peminat jika dilihat pada senarai peserta yang menyertainya.

Memasuki edisi yang ke 7 tahun ini, GV7 yang mengangkat tagline ‘Mara Suara Membara’ dijangka mendapat sambutan hangat dimana mereka akan menampilkan ramai bintang besar seperti Mus May, Noraniza Idris, Yantzen dan Ayu Damit.

Selain mereka berempat, bintang lain yang turut tersenarai adalah Rozita Izlyn, Haslienda, Linda Nanuwil, Asyira, Cliff Umar (vokalis Projek Pistol), Oja, Aju (vokalis kumpulan Success) dan Nomad.

Foto : Gempak

Malah untuk edisi kali ini, 2 kumpulan yang akan menyertai GV adalah kumpulan terkenal di era 90’an iaitu Indigo dan Eva.

Senarain penuh peserta :

  1. Mus MAY
  2. Noraniza Idris
  3. Yantzen
  4. Cliff Umar- (Projek Pistol)
  5. Haslinda
  6. Ayu Damit (Bekas Juara One In The Million)
  7. Ashira
  8. Nomad ( Nur Mohd Alieff Ayub )
  9. Rozita Izlyn
  10. Oja (Daninas Huza Daud)
  11. Linda Nanuwil
  12. Aju Success
  13. Kumpulan Indigo (Bad, Shah dan Zam)
  14. Kumpulan EVA

Senarai peserta GV7 ini dideahkan secara rasmi kepada orang ramai pada sidang media Gegar Vaganza 7 yang diadakan pada Selasa, 22 September 2020.

Menerusi laporan Gempak, Konsert mingguan ‘GV7’ akan mula bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Ahad 10 Oktober 2020, di jam 9 malam selama 10 minggu

Difahamkan konsert kali ini juga yang bakal dilaksanakan mengikut SOP yang mana kami menjangkakan skala penonton yang menonton secara langsung akan dikurangkan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.