fbpx
Now Reading
“Ni Je I Mampu” – Ini Respon Ozlynn Dapat Hadiah Dari Johan Sempena Birthday Ke39

“Ni Je I Mampu” – Ini Respon Ozlynn Dapat Hadiah Dari Johan Sempena Birthday Ke39

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/CFaEkizJ-RL/

Jikalau kita lihat, ramai golongan selebriti sering memberikan hadiah-hadiah yang mewah kepada pasangan mereka sebagai tanda penghargaan buat insan yang tersayang.

Namun begitu, lain pula cara Johan menunjukkan kasih sayangnya terhadap pasangannya, Ozlynn sempena meraikan hari ulang tahun kelahiran isteri tercintanya.

Ozlynn, 39, berkongsikan sekeping gambar yang merupakan hadiah sempena ulang tahun kelahirannya iaitu jam tangan cantik berjenama Baby G yang diberi oleh suaminya menerusi laman Instagram mereka.

Dalam pada masa yang sama, Ozlynn turut berkongsi ucapan ringkas dari Johan yang diperacyai diberikan bersama hadiah tersebut .

“Maaf sayang. Ni sahaja yang saya mampu .. tapi, I love you,” tulis Johan di bahagian kotak jam yang diberikan kepada isterinya, Ozlynn.

Biarpun begitu, Ozlynn menerima pemberiannya itu dan menyifatkan tiada hadiah yang lebih bermakna selain daripada sebuah keluarga yang bahagia dan senantiasa berada di sisinya.

“Tiada apa yang lebih membahagiakan selain keluarga yang dikasihi berada disisi. Terima kasih Allah atas peningkatan umur ini.”

“Buat suamiku, akanku ingat setiap bait kata dalam doamu khas buat isterimu yang serba kekurangan ini.”

“Akan isterimu cuba memperbaiki setiap kekurangan yang ada untuk membantumu ke syurga yang abadi. Insyallah,” tulisnya.

Pasangan selebriti, Johan dan Ozlynn ini mendirikan rumah tangga pada 25 Julai 2009 dan hasil daripada perkahwinan mereka dikurniakan lima orang cahaya mata.

Menerusi ruangan komen, ramai rakan selebriti dan peminat mereka yang mengucapkan selamat hari jadi buat isterinya, Ozlynn dan mendoakan yang baik-baik buat pasangan ini oleh kerana suka akan cara pasangan ini menghargai antara satu sama lain.

Semoga pasangan selebriti ini, Johan dan Ozlynn senantiasa diberikan kesihatan dan kesejahteraan yang baik buat mereka sekeluarga. Kami mengucapkan selamat hari jadi buat Ozlynn, sentiasa sihat dan ceria selalu.

Baca artikel berkaitan :

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.