fbpx
Now Reading
“Kalau Boleh Beri Saya 10K Saya Akan Duduk Diam Dalam Rumah” – Mus

“Kalau Boleh Beri Saya 10K Saya Akan Duduk Diam Dalam Rumah” – Mus

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.facebook.com/Immussinar/photos/a.115121906509274/350449676309828/?type=3

Program realiti nyanyian popular, Gegar Vaganza akhirnya kembali dan bakal menemui peminat bermula 11 Oktober ini.

Seperti biasa siapa artis yang terpilih pastinya menjadi topik hangat di kalangan netizen terutamanya artis bertaraf lagenda.

Antara yang menjadi sebutan orang pastinya penyanyi rock terkenal Mus May. Ini kerana statusnya yang bergelar lagenda dan lebih sesuai duduk di kerusi juri

“Mcm biasa ramai yang akan pertikai kenapa taraf ‘Lejen’ kena masuk pertandingan..Kita balik ke realiti dan hakikat kehidupan.

“Tujuan utama hendak cari rezeki, tiada terfikir nak bertanding pun. Saya set kan macam tiap minggu ada show sahaja

“Menang kalah tolak tepi dulu, yang penting saya boleh ke tidak deliver dgn baik..

“Kedua, saja nak cuba genre muzik lain.

 Jelas Mus lagi selepas 34 tahun memfokus genre rock sejak membuat kemunculan pertama, ini adalah masanya untuk beliau mencuba genre muzik berbeza apatah lagi semuanya muzik.

Justeru dia meminta orang ramai mempertikaikan kelayakannya untuk bertanding agar menghentikan perdebatan tersebut.

“Kalau yang cakap tidak layak atau boleh ke tidak masuk bertanding itu kalau boleh bagi saya 10,000 sebulan saya akan duduk diam dekat rumah,” jelasnya.

Mus baru-baru ini baru sahaha tampil dengan single terbaru yang bertajuk Mencari Kaseh ciptaan komposer dan penyanyi lagenda M Nasir

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.