Now Reading
Gelagat Aafiyah Cium Perut Siti, Jawab Spekulasi Siti Hamil Anak Kedua

Gelagat Aafiyah Cium Perut Siti, Jawab Spekulasi Siti Hamil Anak Kedua

https://www.instagram.com/p/CFhaaMnHJX6/

Gelagat Siti Aaafiyah yang mencium perut ibunya beberapa kali semasa ibunya, Datuk Siti Nurhaliza sedang bersiaran langsung menerusi akaun Instagramnya pada malam Khamis lalu seolah telah menjawab spekulasi penyanyi itu kini hamil anak kedua.

Menerusi video pada minit 47 itu, Aafiyah, 2, terlihat begitu teruja muncul di Instagram live ibunya sebelum dia mengatakan kepada ibunya “Aafiyah nak cium baby” dan setelah daripada itu, dia dilihat mencium perut Siti beberapa kali.

Gelagatnya tersebut mendapat perhatian ramai orang dan juga peminat yang turut mengucapkan tahniah dan juga berterima kasih kepada Aafiyah yang memecahkan rahsia itu.

Tambah pula, Siti memaklumkan yang dia sudah bersedia untuk hamil buat kali kedua lantaran usianya yang sudah mencecah 41 tahun. Dia juga sudah mendapatkan nasihat doktor bagi proses rawatan kesuburan, In Vitro Fertilisation (IVF) seperti yang pernah dilakukan sebelum ini.

See Also

Datuk Siti Nurhaliza dan Datuk Seri Khalid Mohamed Jiwa, 61, itu mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos 2006 dan hasil perkahwinannya, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Siti Aafiyah, 2.

Semoga Datuk Siti Nurhaliza dan kandungannya dalam keadaan sihat. Kami mendoakan yang baik-baik buat keluarga Datuk Siti Nurhaliza ini dan juga kandungannya.

© 2020 BuzzKini. All Rights Reserved.