fbpx
Now Reading
Kylie Jenner Suruh Kim Kardashian Padam Gambar ‘Throwback’ Di Instagram Sebab …

Kylie Jenner Suruh Kim Kardashian Padam Gambar ‘Throwback’ Di Instagram Sebab …

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/CFkPEpugZNk/

Kalau sebut nama Kim Kardashian, mesti semua kenal bahkan mengenali keluarga besar Kim Kardashian tersebut.

Personaliti dan sosialit popular Hollywood, Kim Kardashian ini berkongsi gambar lamanya bersama adik beradiknya, Kendall, Chloe Kardashian dan Kylie Jenner.

Perkongsian Kim di laman Instagram miliknya itu membuatkan gambar ‘throwback’ tersebut meraih perhatian orang ramai.

Menerusi ruangan komen Kim itu sendiri, rata-rata ramai yang memberikan pujian bahkan ada juga yang mengatakan wajah mereka kelihatan sangat berbeza berbanding sekarang ini.

Namun yang lebih mengejutkan apabila Kylie Jenner menulis di ruangan komen meminta gambar tersebut dipadam segera.

“Padam gambar ini dengan segera,” tulisnya.

Walaupun begitu, Kim dilihat masih lagi tidak memadam gambar tersebut dan komen Kylie itu meraih lebih 114,845 tanda suka dari warganet.

Tambah lagi, Hollywood Life pernah melaporkan bahawa Kylie Jenner tidak menyukai akan penampilannya ketika usia remajanya dikongsi di sosial media.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.