fbpx
Now Reading
Lama Pendam Hasrat, Zara Zya Kini Bertudung

Lama Pendam Hasrat, Zara Zya Kini Bertudung

Alhamdulillah.. Semoga terus istiqamah Zara Zya

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/CFWQgVknlXR/

Siapa sangka , selepas sekian lama memendam hasrat untuk berhijrah akhirnya aktres cantik Zara Zya tekad berhijab.

Zara sebelum ini bagai sudah memberikan hint kepada pengikutnya apabila kerap dilihat memuat naik foto bertudung di laman media sosialnya.

Menerusi satu perkongsian di laman instagramnya Zara ada berkongsi kapsyen yang menyentuh soal doa yang cepat atau lambat dimakbulkan Allah.

Kenyataan tersebut seolah seperti memberi satu bayangan bahawa dia kini sudah mula mengatur langkah untuk berhijrah

Menerusi laporan BH Zara atau nama betulnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin berkata dia masih dalam proses untuk membiasakannya dirinya dengan imej terbarunya ini. Dia dalam masa sama turut mengharapkan doa orang ramai .

“Secara jujur, saya masih dalam proses membiasakan diri dalam penghijrahan ini.

Saya mengharapkan doa yang baik-baik.

“Semuanya berlaku atas gerakan hati. Keputusan ini tidak perlu dilengahkan. Saya juga tak mahu hati berbolak-balik dalam melakukan tuntutan wajib ini.

Jelasnya dia bagaimanapun sempat menghabisan penggabaran drama lakonannya Beri Sedikit Waktu pada hujung minggu lalu sebelum bertekat untuk berhibab sepenuhnya

“Saya sempat menghabiskan penggambaran drama Beri Sedikit Waktu pada Jumaat lalu, sebelum bertekad mengenakan tudung sepenuhnya,” katanya kepada BH Online.

Terpaksa tolak beberapa tawaran drama

Susulan dari penghjirahannya Zara berkata dia memmutuskan utnuk menolak beberapa tawaran drama yang diterimanya kerana dilihat kurang sesuai dengan imej terbarunya

Tambahnya dia tekad untuk berhijrah sepenuhnya termasuk menutup aurat malah tidak risau sekiranya tidak mendapat sebarang tawaran susulan dari keputusannya berhijab . Jelas Zara lagi dia yakin rezeki sudah tertulis dan datangnya dari Maha Pencipta.

“Saya tak terfikir soal ada tawaran kerja atau sebaliknya. Saya percaya pada rezeki yang tertulis.

Zara Zya

“Saya selalu dengar soal istiqamah ini bukan mudah. Saya harap Allah tetapkan hati dan jiwa saya. Insya-Allah, saya mahu masa depan menjadi lebih baik daripada semalam yang ditinggalkan.

“Tiada langsung rasa sayang menjual pakaian lama. Saya akui, sudah tidak sabar mahu menutup aurat selama ini. Moga ia menjadi permulaan yang baik,” katanya.

“Saya banyak membeli tudung dan pakaian baru,” katanya.

Kami doakan semoga Zara terus istiqamah !

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.