fbpx
Now Reading
Ara Johari Kurung Diri Selama Seminggu Dalam Rumah Sebab Dituduh ‘Kaki Mabuk’

Ara Johari Kurung Diri Selama Seminggu Dalam Rumah Sebab Dituduh ‘Kaki Mabuk’

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kerjaya sebagai seorang selebriti bukanlah mudah dan tidak selalunya indah. Tambah pula, bila terpalit dengan kontroversi yang boleh mengancam karier mereka.

Inilah yang dihadapi oleh Nurfarrah Izzati Johari atau lebih mesra dipanggil Ara Johari apabila dia berdepan dengan kontroversi yang melibatkan namanya pada Ogos lalu.

“Saya tahu apabila dah ceburi dunia hiburan pasti akan berdepan dengan kontroversi tapi saya tak menjangka akan sampai seteruk ini. Ini pertama kali saya terpalit dengan kontroversi macam itu,” katanya.

Penyanyi yang berasal dari Negeri Sembilan ini mengatakan, dia bersyukur kerana mempunyai keluarga yang sentiasa memberikan semangat buat dirinya, lebih-lebih lagi apabila dia dia digelar ‘kaki mabuk’.

Tambah Ara, dia tidak pernah menjangkakan bakal berdepan dengan isu tersebut, namun cukup memberikan pengajaran buat dirinya itu.

“Masa itu saya rasa pelik kenapa cerita seperti itu boleh timbul…macam mana boleh terjadi. Nasib baik ada keluarga saya beri sokongan dan selalu berpesan supaya biarkan saja apa orang nak kata.

“Saya punya back up adalah keluarga saya sendiri sebab mereka kenal saya macam mana dan bapa saya pun cakap jangan fikirkan sangat,” ujarnya lagi.

Sebelum ini, Ara didakwa mempunyai masalah disiplin dan sengaja tidak hadir bagi menjayakan sebuah program hiburan gara-gara mengambil minuman keras.

Namun, Ara Johari, 23, menyangkal dakwaan tersebut dan menjelaskan tindakannya yang menarik diri pada saat akhir adalah disebabkan oleh faktor kesihatan.

Sehubungan itu, penyanyi lagu Racun Hati ini mengakui bahawa dia tertekan sehingga bertindak mengurungkan dirinya di rumah selama seminggu akibat daripada kontroversi itu.

“Sejujurnya saya memang rasa down (tertekan) sangat sepanjang minggu itu sebab saya rasa macam mengarut. Kalau nak bercakap pun, janganlah sampai memfitnah saya yang bukan-bukan.

“Sepanjang waktu itu, saya rasa taknak keluar rumah. Saya rasa macam orang asyik cakap benda itu saja…saya jadi takut.

“Selepas seminggu isu itu berlalu, saya bangkit semula dan biarkan saja apa orang nak cakap. Sekurang-kurangnya kita tak buat seperti yang didakwa. Saya difitnah pun dapat pahala juga,” katanya lagi mengenai kontroversi itu.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.