fbpx
Now Reading
Fazura & Fattah Amin Timang Anak Pertama

Fazura & Fattah Amin Timang Anak Pertama

Fazura selamat melahirkan puteri sulungnya sebentar tadi

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/CF1OWL3M28p/https://www.instagram.com/p/CF1OWVclAYi/

Pasangan selebriti Nur Fazura dan Fattah Amin kini bergelar ibu dan ayah selepas Fazura selamat melahirkan puteri sulung mereka sebentar tadi.

Berita gembira tersebut dikongsikan Fattah Amin menerusi satu perkongsian di laman Instagramnya .

“Kiriman agung pertama kami telah selamat dilahirkan pada hari Jumaat yang mulia ini, 14 Safar 1442 Hijrah bersamaan dengan 2 Oktober 2020.

Cahayamata perempuan yang sihat dan sempurna ini sangat membahagiakan kami berdua dan keluarga”

Jelas Fattah lagi, mereka berdua bagaimanapun memilih untuk tidak mengongsikan wajah dan nama puteri mereka terlebih dahulu sehinggalah 7 hari selaras dengan sunnah Rasulullah SAW.

“Di sini juga kami ingin memohon sedikit masa bagi merahsiakan nama dan wajah anakanda tersayang sehingga selepas tujuh hari selaras dengan sunnah Rasulullah SAW. In shaa Allah.

“Terima kasih kami ucapkan buat anda semua dikasihi, yang tidak henti-henti mendoakan kami bertiga sejak awal sehingga Fazura selamat melahirkan.

Berita gembira tersebut turut dikongsikan di laman Instagram Fazura untuk perkongsian kepada peminat

Tahniah kami ucapkan kepada Fazura & Fattah Amin!

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.