fbpx
Now Reading
Shuib Dipanggil SPRM, Siti Sarah Hadir Sekadar Peneman

Shuib Dipanggil SPRM, Siti Sarah Hadir Sekadar Peneman

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pasangan selebriti terkenal iaitu Siti Sarah Raissuddin dan Shuib Sepahtu menjadi bualan hangat selepas dilaporkan hadir ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya

Difahamkan kehadiran mereka bagi membantu siasatan berhubung kes pengubahan wang haram.

Perkara itu disahkan Indigital Music yang turut memaklumkan bahawa Shuib telah memberikan kerjasama sepenuhnya sewaktu memberi keterangan berhubung isu berkenaan kepada pihak SPRM.

Namun menurut mereka kehadiran Siti Sarah disana hanyalah sekadar menemani suaminya sahaja.

Kenyataan tersebut dikeluarkan Indigital Music selepas tersebar berita mengatakan pasangan selebriti itu dipanggil SPRM

“Untuk makluman hanya keterangan Shuib saja yang diambil SPRM, manakala Sarah hanya menemani suaminya itu.

“Buat masa ini pihak kami tidak dapat mengeluarkan apa-apa kenyataan rasmi berkenaan perkara itu untuk tidak menganggu siasatan SPRM bagi menghormati sistem perundangan negara kita,” katanya lagi

Terdahulu Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki mengesahkan bahawa terdapat beberapa individu termasuk pasangan selebriti dipanggil pihaknya namun enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.

Selain pasangN ini , ada laporan mengatakan seorang usahawan terkenal turut dipanggil oleh SPRM

Sumber dari : Harian Metrohttps://www.hmetro.com.my/utama/2020/10/626394/sarah-hanya-teman-shuib-saja

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.