Keterlaluan! Guna Petikan Hadis Sebagai Lagu Di Fashion Show, Rihanna Dikecam Hebat

Penyanyi Antarabangsa Rihanna hari ini dikecam hebat oleh netizen dari seluruh dunia apabila dia menggunakan lagu remix yang menggunakan petikan hadis di satu pertunjukan fesyen pakaian dalam miliknya, Savage x Fenty.

Lebih menimbulkan kemarahan orang ramai apabila lagu tersebut dimainkan sebagai muzik latar belakang sewaktu model-model tersebut yang berpakaian seksi menari yang dilihat langsung tidak sensitif pada penganut agama islam .

Lagu remix ciptaan komposer EDM/Fashion Trap yang berpangkalan di London, Coucou Chloe yang berjudul Doom itu difahamkan telah pun dicipta dua tahun lalu dengan 90% dari durasinya dipenuhi petikan hadis Nabi Muhammad S.A.W yang berkisar mengenai hari kiamat

Meskipun tidak diketahui siapa yang membuat pemilihan lagu berkenaan, ada netizen berpendapat bahawa Rihanna harus memikul tanggungjawab dan menanggung akibatnya memandangkan kesemua mereka bekerja di bawahnya justeru dia sepatutnya menyemak lagu berkenaan bagi mengelakkan timbulnya kontoversi.

Setakat artikel ini ditulis Rihanna dan kumpulannya belum lagi membuat permohonan maaf diatas insiden ini.

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

Indah Water Antara Peneraju Utama Dalam SDG6 Di Sidang Kemuncak Air Sedunia

Pengarah Eksekutif Global Water Leaders Group, William Muhairwe turut memuji IWK atas ikrar SDG6 yang…

4 mins ago
  • News
  • Trending

KPT Kecualikan Yuran IPTA Anak Mangsa Nahas Helikopter & Salur RM1,000 Dalam Akaun SSPN-i

Menteri KPT berkata, semua usaha itu untuk memastikan agar anak mangsa dapat meneruskan pengajian dan…

54 mins ago
  • News
  • Trending

“Semak Latar Belakang Sebelum Jemput” – KPT Arah UM Batalkan Program Libat Ahli Akademik Pro-Israel

Terdahulu, profesor sains politik di Portland State University, Bruce Gilley telah membuat dakwaan Malaysia mahukan…

1 hour ago
  • Hiburan
  • Trending

Berang Nama Dipetik Dalam Isu Aliff Aziz & Ruhainies, Chacha Maembong Tampil Beri Penjelasan [Video]

Chacha Maembong membuat penjelasan berkenaan tidak lama selepas kakanya Emma tampil mengulas kontroversi membabitkan nama…

2 hours ago
  • News
  • Trending

Mahkamah Tolak Permohonan Pekebun Musang King Cabar Notis Kosongkan Tanah

Mahkamah turut mengesahkan status 186 pekebun Musang King itu sebagai penduduk haram.

2 hours ago
  • News
  • Trending

Tidak Boleh Tolak Permohonan Pasport Jika Tak Fasih Bahasa Melayu – KP Imigresen

Namun menurut Ruslin Jusoh, pegawai imigresen akan melaksanakan semakan rawak dari pelbagai aspek bagi mengesahkan…

17 hours ago