Guna Dana Sendiri, Atu Zero & Isteri Tolong Hantar Sut PPE Ke Sabah
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sebelum ini, pelawak terkenal iaitu Atu Zero bersama isterinya mengambil inisiatif membantu para petugas frontliner dengan membekalkan sut pakaian pelindung diri (PPE) ketika penularan pandemik Covid-19 berlaku.
Tidak lama kemudian, pihak Pejabat Kesihatan Hulu Langat memberikan penghargaan atas jasa mereka yang sama-sama membantu menjahit pakai serta menghantar sut PPE ke beberapa hospital untuk kegunaan para frontliner.
Apabila mendengarkan penularan wabak Covid-19 ke beberapa kawasan seperti di Sabah, pelawak yang berusia 28 tahun dan isterinya, Shafeeqa Johari menghantar sut PPE ke sana menggunakan dana sendiri selain dibantu rakan-rakan serta duit kempen tempoh hari.
Menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya, dia menunjukkan bungkusan PPE yang sudah tersedia untuk dihantar ke Sabah.
Menerusi kapsyennya, dia yang berterima kasih kepada rakan-rakan artis serta kawan yang membantu memberikan dana kepadanya.
Menerusi ruangan komen di laman Instagram miliknya, rata-rata ramai yang memuji tindakan murni yang dilakukan oleh Atu dan isteri.
Mereka juga mendoakan agar segala urusan pasangan selebriti ini dipermudahkan dan meminta pasangan tersebut untuk mengendahkan segala komen-komen negatif yang ditujukan kepada pasangan selebriti itu.