fbpx
Now Reading
“Ini Terlalu Peribadi” – Nadia Brian Enggan Ulas Lanjut Selepas Didakwa Curang Oleh Suami

“Ini Terlalu Peribadi” – Nadia Brian Enggan Ulas Lanjut Selepas Didakwa Curang Oleh Suami

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/CGBhtxvJ0hu/

Dunia hiburan hari ini kecoh selepas Muizz Nasruddin yang juga suami kepada aktres Nadia Brian, mendakwa isterinya telah berlaku curang bersama dua orang lelaki.

Malah pasangan ini juga difahamkan sudah tidak lagi sebumbung sejak hampir 3 bulan lalu seperti yang dilaporkan BH.

Tambah Muizz dia tidak menghalau Nadia sebaliknya isterinya yang enggan untuk kembali.

“Saya sedaya upaya mahu menyelamatkan rumah tangga, tetapi Nadia tidak mahu memberi kerjasama,” katanya.

“Nadia bukan curang dengan seorang, tetapi dua lelaki. Saya ada bukti yang cukup. Saya berada dalam posisi yang betul,” dakwanya.

Terbaru portal Gempak melaporkan Nadia memilih untuk tidak memberi komen lanjut kerana isu berkenaan terlalu peribadi

“Saya minta maaf, setakat ini saya tak nak komen apa-apa lagi, ini terlalu peribadi.

“Apapun, doa yang baik-baik, sebab bagi saya, banyak lagi isu yang lebih berat dan penting berbanding kisah kecil saya ini,” tulis Nadia kepada Gempak.

Dia dalam masa sama turut mengakui mereka masih baru bergelar pasangan suami isteri dan proses mengenali antara satu sama lain berlaku dengan pantas.

“Saya pun berkahwin sekejap dan proses mengenali itu pun pantas, doakan yang baik-baik,” tulisnya lagi.

Apa-apa pun kami doakan yang terbaik buat pasangan ini, apatah lagi momen sewaktu Muizz membaca takliq nikah, masih segar di ingatan kami..

Sebagai rekod pasangan ini disatukan pada 9 November tahun lalu di Magica Hall, Shah Alam selepas dua tahun berkenalan

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.