fbpx
Now Reading
Dikecam Kongsi Foto Bercumbu, Hunny Madu Akhirnya Dedahkan Sudah Berkahwin

Dikecam Kongsi Foto Bercumbu, Hunny Madu Akhirnya Dedahkan Sudah Berkahwin

Oh, bulan Mei haritu dah kahwin secara online

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tahniah buat penyanyi dan pengacara, Hunny Madu yang telah selamat mendirikan rumah tangga bersama pasangannya beberapa bulan yang lalu.

Hunny yang telah mengumumkan bahawa dirinya telah sah bergelar isteri kepada Francesco pada 2 Mei lalu.

Majlis perkahwinannya yang diadakan secara bersederhana itu dilakukan secara atas talian semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Namun, Hunny berasa kesal apabila terdapat satu artikel yang keluar berunsur negatif yang membabitkan namanya sehingga dia berasa amat terkesan sekali.

“Sebenarnya selepas saya memberi kenyetaan kepada Astro Gempak, saya tak sangka ada artikel lain yang keluar dengan tajuk yang tidak senonoh sepertI ‘Tayang Foto Bercumbu Dan…”

“Ia telah menimbulkan fitnah dan nama baik keluarga saya tercalar tapi saya terima kenyataan tersebut,” katanya.

Tambahnya, Hunny mengatakan bahawa ini adalah saat baginya untuk mengumumkan berita baik kepada semua.

“Pada 2 Mei lalu, ketika kita sedang berada dalam tempoh PKP, saya dan Francesco telah melangsungkan perkahwinan.

“Kami adakannya secara kecil-kecilan di rumah ibu bapa saya dan hanya dihadiri oleh keluarga terdekat sahaja.

“Ketika itu, kami hanya beritahu khabar bahagia ini kepada keluarga terdekat serta rakan yang rapat dengan saya,” jelasnya lagi.

Menurut petikan dari Astro Gempak, Hunny Madu memilih untuk mengatakan dia dan Francesco masih dalam fasa bercinta.

Sebelum ini Gempak ada menulis mengenai hubungan Hunny  Madu dan jejaka tersebut. Namun Hunny Madu memilih untuk mengatakan masih dalam fasa bercinta. Rapper ini juga mengungkapkan dia tidak pernah mahu merahsiakan pernikahannya dengan Fedrighi. 

Astro Gempak

“Cuma kami ada sebab tersendiri mengapa tidak memberitahunya lebih awal,” katanya.

Hunny Madu pernah memuat naik fotonya bercumbu dengan Francesco ketika sedang bercuti bersama keluarganya di Langkawi.

Tambahnya juga, Hunny meluah rasa syukur kerana dia disatukan bersama pasangannya setelah suaminya memeluk agama Islam pada 27 Februari yang lalu.

“Alhamdulilah semuanya berjalan dengan lancar dan Francesco juga telah memeluk Islam tiga bulan sebelum pernikahan kami.

“Inshallah, kami akan adakan majlis resepsi bila pandemik ini reda,” katanya lagi.

Francesco merupakan seorang cef antarabangsa yang berasal dari Itali dan bertugas di sebuah restoran mewah ibu kota sejak 2018.

Hani Farhana Mohd Hatim atau lebih dikenali sebagai Hunny Madu pernah mendirikan rumah tangga dengan Khairul Azhar, 36, pada 2010 dan bercerai pada Oktober 2018.

Pasangan itu telah dikurniakan dua cahaya mata iaitu Adam Musa dan Eva Medina.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.