fbpx
Now Reading
Geram ‘Produk Review’ Jatuhkan Maruah Wanita, Noorkhiriah Sekolahkan Founder & Peniaga

Geram ‘Produk Review’ Jatuhkan Maruah Wanita, Noorkhiriah Sekolahkan Founder & Peniaga

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/CGARRrDnoGR/

Kalau mahu mempromosikan produk khusus untuk para wanita, mohon jangan berikan gambar yang boleh menjatuhkan maruah wanita. Inilah perasaan yang dialami oleh pelakon, Noorkhiriah yang berusia 41 tahun.

Menurut Noorkhiriah itu sendiri, dia akan menolak jika produk tersebut mengunakan aset wanita semata-mata demi untuk melariskan produk.

Menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya itu, dia memberi amaran kepada para peniaga atau pengasas produk yang mahu mengunakan khidmatnya untuk paid review agar tidak memberikan foto seksi kepadanya.

“Ulang khabar, nak buat review dengan akak mohon sangat bagi gambar molek ya waima kartun.

“Kartun pun kalau silap bentuk nampak seksinya, maaf sangat.

“Lagi satu kalau boleh founder nak lariskan produk jangan sampai menjatuhkan maruah wanita. Contoh banyak dah sekarang, seperti tegang dan besar segala (bentuk badan). Mana mahu pakai krim terus besar kalau acuannya memang kecil,” katanya yang memuat naik gambar postingan itu.

Tambahnya lagi, jika produk itu bagus dan berkesan pasti ramai yang akan membeli produk tersebut.

“Kalau produk bagus..pakai kelambu pun orang beli.. hati-hati dengan tipu daya dunia yer, sori sekali lagi,” katanya lagi.

Namun begitu, Noorkhiriah dilihat menutup ruangan komen untuk dikemas kini.

Terdahulu, Noorkhiriah sering menerima khidmat paid review produk yang kebanyakkannya adalah makanan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.