fbpx

Gegar Vaganza 7 Akan Tetap Diteruskan, Tanpa Penonton

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pertandingan nyanyian Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) akan diteruskan seperti yang dijadualkan tetapi tanpa kehadiran penonton.

Keputusan bersiaran tanpa penonton itu difahamkan diambil selaras dengan garis panduan dan syarat SOP pihak berkuasa bagi sepanjang tempoh perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor yang berkuat kuasa bermula dari 14 hingga 27 Oktober menerusi laporan Astro Gempak.

Pengurus Saluran Astro Ria, Emarina Mohd Kamal berkata, penganjuran dua buah konsert mingguan kebetulan jatuh di dalamtempoh fasa PKPB sedang berlangsung.

“Konsert minggu kedua pada 18 Oktober dan minggu ketiga pada 25 Oktober ini akan tetap bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) seperti biasa.

“GV7 akan tetap berlangsung namun begitu, hanya krew produksi dan tenaga kerja yang berdaftar sahaja akan dibenarkan berada di lokasi untuk mengawal jumlah bilangan kehadiran pada satu-satu masa.

Namun menurut mereka, jika terdapat sebarang perubahan mengenai penganjuran minggu ke-4 dan seterusnya, akan diumumkan dari semasa ke semasa

Foto : Astro

“Sebarang perubahan mengenai penganjuran untuk konsert minggu keempat dan seterusnya akan diumumkan dari semasa ke semasa, tertakluk kepada perkembangan situasi semasa wabak Covid-19 serta kelonggaran yang diberikan oleh pihak berkuasa, sekiranya ada.

“Pihak Astro juga ingin menyeru kepada orang ramai agar terus mematuhi SOP yang ditetapkan kerana tangggungjawab, disiplin serta pematuhan masyarakat amat penting bagi memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 di negara ini. Sama-samalah kita jaga kita,” katanya menerusi laporan Gempak.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.