fbpx
Now Reading
Bekas Kekasih Tuduh Hrithik Roshan Jadikan Gadis Muda Sebagai Gundik

Bekas Kekasih Tuduh Hrithik Roshan Jadikan Gadis Muda Sebagai Gundik

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebelum ini, nama kedua-dua pelakon Bollywood, Hrithik Roshan dan Kangana Ranaut sering dihebohkan kepada media dek kerana perselisihan yang berlaku antara mereka berdua.

Dahulunya, Kangana Ranaut yang pernah menjalinkan hubungan istimewa bersama pelakon selebriti tersebut dikenali sebagai selebriti yang lantang bersuara.

Namun, sekali lagi dia tampil bersuara, sekali gus membongkarkan perangai buruk Hrithik Roshan.

Hrithik yang dilaporkan pernah menipu dan berlaku curang bersama Kangana ketika dia masih berstatus suami kepada Sussanne Khan.

Menurut Kangana, biarpun Hrithik sudah berkahwin namun, dia menjadikan gadis-gadis muda sebagai kekasihnya.

Dalam wawancara Kangana dengan ZeeNews, Kangana berkata seharusnya jangan bekerjasama dengan Hrithik.

“Orang yang menjadikan isterinya sebagai piala dan menjadikan gadis muda sebagai kekasihnya juga harus dihukum. Saya merujuk kepada Hrithik Roshan. Orang juga tidak boleh bekerja dengannya,” kata Kangana seperti yang dilaporkan dari Odisha Bytes.

Murai MY

Tambahnya lagi, Kangana juga telah membuat tuduhan tersebut terhadap Hrithik semasa gerakan MeToo, semasa beberapa selebriti termasuk Vikas Bahl turut didakwa mengeksploitasi wanita secara seksual.

“Apa sahaja yang didakwa mengenai Vikas Bahl memang betul. Industri kami masih mempunyai ramai orang yang tidak berkelakuan baik dengan wanita. Mereka menyerang wanita, mereka melecehkan wanita, mereka juga harus dihukum,” katanya lagi ketika ditanya mengenai Vikas.

Namun, sehingga ke hari ini pelakon Bollywood ini mendakwa bahawa Hrithik bermain kayu tiga di belakang Sussanne Khan. Tetapi, dakwaan tersebut dinafikan oleh Hrithik sendiri dan mengakui dirinya tidak pernah menjalinkan hubungan dengan Kangana hingga ke hari ini.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.