fbpx
Now Reading
“Review Paling Ganas”- Gelagat Ramli MS Buat Produk Review Cuit Hati Netizen [Video]

“Review Paling Ganas”- Gelagat Ramli MS Buat Produk Review Cuit Hati Netizen [Video]

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebut sahaja nama Datuk Ramli MS atau Tok Ram, pasti orang ramai terutamanya peminat dunia hiburan sudah terbayangkan personalitinya yang tegas namun penuh dengan aura positif terutamanya sewaktu tampil sebagai juri ataupun menjadi pengetua bagi program-program hiburan.

Namun setegas-tegas beliau, Tok Ram dilihat cair dengan dua personaliti lawak di Malaysia tidak lain dan tidak bukan Nabil Ahmad & Jihan Musa

Terbaharu maestro muzik kelahiran Geylang, Singapura ini dilihat muncul lain dari kebiasaanya apabila tampil membuat satu produk review untuk biskut coklat yang dikeluarkan isteri Nabil, Zira Ayub di laman Instagramnya.

Yang menariknya menerusi video tersebut Tok Ram dilihat memuji produk tersebut namun gayanya yang bersahaja dan ‘keras’ nyata mencuit hari ramai.

Malah dia dilihat beberapa kali menayang kan bekas coklat tersebut kedepan dan kebelakang seolah ia adalah efek zoom dan boomerang secara manual.

Dia juga menerusi ruangan kapsyen berseloroh akan membuat video berkenaan selepas 30 hari.

Dijengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan produk review tersebut malah ada yang bagai tidak percaya apabila komposer terkenal itu tampil membuat review makanan .

“Buat review macam nak gaduh “

Malah ramai yang turut berseloroh mengenai efek boomerang yang dilakukannya secara manual.

“Boomerang manual lah!”

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.