fbpx
Now Reading
“Bayangkan Adik Perempuan, Anak Buah Kau Kena” – Tiz Zaqyah Berang Dapat Foto Anu Lelaki

“Bayangkan Adik Perempuan, Anak Buah Kau Kena” – Tiz Zaqyah Berang Dapat Foto Anu Lelaki

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Aktres cantik Tiz Zaqyah  Tiz Zaqyah baru-baru inimeluahkan rasa berangnya terhadap segelintir lelaki ‘pervet’ yang tanpa sedikit rasa malu menghantar DM foto lucah kepadanya

Perkara itu luahkan Tiz menerusi IG Storynya yang menyifatkan lelaki berkenaan begitu biadap malah tidak mengambil kira apa situasi sedangkan dia ketika itu hanya berkongsi videonya sedang memasak.

“Kau bayangan adik kakak atau anak kau diganggu sebegini”

“Itu video saya tengah memasak tu. Kau bayangkan adik, kakak atau anak kau menerima gangguan sebegini. Kau diam je ke? Tak tahulah akaun palsu ke apa ke. Ramai sangat orang macam ni.

“Jadi? Sekat dan abaikan, lepas tu boleh saya tahu apa akan jadi kepada mereka?Masih bernafas udara yang sama dan menikmati kehidupan dengan bebas pada masa sama masih memburu wanita lain pula. Takkan senang sangat kot?” katanya.

Foto tersebut yang turut dikongsikan Tiz Zaqyah di IG Stornya Foto : Via Gempak

“Aku nak korang rasa apa yang aku dan ramai lagi perempuan rasa”

Jelas Tiz atau nama sebenarnya Siti Zaqyah binti Abdul Razak, dia terpaksa berkongsi semua perkara ini demi melindungi kaum wanita di luar sana yang sering ditindas dengan sikap jelik lelaki sebegini.

Diorang ni senang-senang hidup macam biasa? Oh macam tu sahaja? Agak-agaklah.

“Aku minta maaf post gambar tu. Aku nak korang rasa apa aku dan ramai lagi perempuan kat luar sana rasa. Bukannya setahun dua di media sosial dan berapa lama lagi kita hanya mampu menyekat akaun sebegini dan berharap tiada perkara buruk terjadi pada hari mendatang?

“Kenapa perempuan selalu kena berdepan perkara menjijikkan ini manakala pelakunya diam dan hidup bersenang-lenang ibaratnya mereka berhak? Aku pun taknak kecoh-kecoh, tapi berapa lama lagi kena hadap benda macam ni? Senangnya hidup kau,” katanya lagi .

Tambah Tiz, sebelum ini sudah ada krew produksi yang dibuang kerja kerana berperilaku tidak senonoh dengan menyorok dan mengintai di sebuah bilik persalinan artis . Apa yang dikesalkannya sampai bilakah kaum wanita terpaksa berhadapan dengan perkara sebegini

Dekat tempat kerja ada budak kena buang sebab ada dalam bilik menyorok masa artis tukar baju.

“Nasib baik tak kena kepala paip kat kepala. Habis tu? Dorang kat media sosial ni? Seronok sangat, semua lepas. Naik kepalalah kan,” kongsinya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.