fbpx
Now Reading
Farah Nabilah Selamat Lahirkan Anak Lelaki

Farah Nabilah Selamat Lahirkan Anak Lelaki

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tahniah kami ucapkan kepada Aktres, Farah Nabilah yang selamat melahirkan bayi sulungnya awal pagi tadi di sebuah pusat perubatan swasta di Ampang, Selangor.

Anak sulung Farah dan suaminya, Mohammed Amirul Yunus, difahamkan lahir sebulan lebih awal berbanding jangkaan.

Jelas Farah atau nama sebenarnya, Farah Nabilah Saipuddin, 28, dia akan mendedahkan nama dan wajah puteranya itu bila tiba masanya.

“Assalamualaikum semua. Syukur Alhamdulillah Fawaa telah selamat melahirkan bayi lelaki sulung yang sihat pada pagi tadi, 22 Oktober 2020, 5 Rabiulawal 1442. 

“Fawaa akan kongsikan nama and wajahnya bila tiba masanya ya,” katanya menerusi satu posting di IG.

Menerusi posting itu juga, dia telah memuat naik satu video gelap tanpa sebarang visual namun kedengaran tangisan bayi dipercayai suara bayinya.

Farah turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai atas segala doa yang dititipkan buatnya selama ini.

“Terima kasih atas doa yang dititip untuk kami bertiga selama ini. Semoga Allah merahmati kita semua dengan kegembiraan terutamanya dalam keadaan macam ni. Be safe semua,” tulisnya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.