fbpx
Now Reading
Pengikut Naik Mencanak Selepas Berniqab, Neelofa Kini Punyai 8 Juta Followers

Pengikut Naik Mencanak Selepas Berniqab, Neelofa Kini Punyai 8 Juta Followers

Selebriti tempatan paling ramai followers diikuti Tokti

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tidak dinafikan nama pengacara dan usahawan terkenal Neelofa menjagi buah mulut orang ramai susulan penghijrahannya dengan mengenakan hijab baru-baru ini.

Keputusannya yang dilakukannya itu  benar-benar memberi impak yang begitu hebat terhadap pandangan umum kepada dirinya malah ianya mendapat sokongan bukan sahaja dari rakan selebriti malahan peminat.

Namun siapa sangka, aura dari penghijrahan tersebut menyebakan laman Instagram Neelofa meraih ratusan ribu pengikut baru hanya dalam seminggu.

Menerusi laporan Gempak, angka tersebut naik mendadak sebaik Neelofa yang juga pengacara bagi program Next to Neelofa mengumumkan dirinya sudah berniqab khamis lalu.

Ianya sekaligus menaikkan ranking Neeelofa sebagai selebriti tempatan yang paling ramai pengikut di Malaysia yang sebelum ini milik Penyanyi No 1 Negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza .

Dato Sri Siti Nurhaliza – 7.9 Juta Pengikut

Tokti bagaimanapun hanya dipisahkan kurang dari 100,000 berbanding Neelofa dengan jumlah pengikut seramai 7.9 Juta orang

Zizan Razak – 7.6 Juta

Manakala tempat ketiga masih kekal milik Zizan Razak dengan 7.6 juta pengikut.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.