fbpx
Now Reading
Pernah Bergelar Operator Institusi Kewangan, Mad Sabah Kongsi Kisah Perjalanan Kariernya

Pernah Bergelar Operator Institusi Kewangan, Mad Sabah Kongsi Kisah Perjalanan Kariernya

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Siapa sangka Mad Sabah yang merupakan seorang graduan dari USM, kini berjaya menempa nama di industri hiburan Malaysia setelah berjaya mendapat tempat kedua dalam program realiti tv, Lawak Solo.

Pelawak kelahiran Sabah ini menceritakan pengalamannya sepanjang bergelar pelawak Stand Up Comedy menerusi rancangan temubual santai, Podcast Malam Jumaat yang dihoskan oleh Fify Azmi dan Hydar Hasnudin di Youtube channel terbitan Onzz.

Mad Sabah mendedahkan dirinya sebelum memulakan karier sebagai Pelawak Stand Up Comedian sewaktu dia mula berhijrah dari Penang setelah mendapat pekerjaan di Kuala Lumpur.

Dia yang bekerja sebagai seorang pegawai operator di salah sebuah Institusi Kewangan yang Berdaftar setelah menamatkan pengajiannya di USM, Penang.

Ketika itu, dia yang sedang beristirehat setelah pulang dari kerja melihat program realiti tv yang dihoskan oleh Harith Iskander iaitu, Komediri sehingga terlintas di fikiran merasakan dirinya lebih kelakar dari mereka.

“Saya tengok minggu tu, ish.. kelakar diorang ni, kan? Saya minat juga Stand Up Comedy, tapi saya just lupakanlah.

“Tapi episod kedua tu, saya tengok tak kelakar. Dalam hati saya kata, saya lagi kelakar dari mereka ni,” katanya sambil bergelak tawa.

“So, saya google club house comedy Malaysia, keluar Crackhouse Comedy Club and then saya call owner dia, Rizal Van Geyzel. Dia Stand Up Comedian juga.

“Dia jawab call, dia kata datanglah kalau nak open mic. Open mic kira macam sapa-sapa boleh try, 2 ke 3 minit.

“Lepas tu, aku open mic 2 ke 3 bulan, rupanya aku kelakar beb,” katanya sambil bergelak ketawa.

“Sebab aku berimaginasi kan, uish bila kelakar, kelakar, kelakar and then saya dapat first corporate job, Rizal tulah yang tolong saya.

“Dia cakap ada company ni nak Stand Up Comedian Perform, saya dapat rm3000. First payment saya Stand Up 15 minit je, daripada saya kerja sebulan baik 15 minit je.

“So, saya berhenti, lepas tu 5 bulan takde kerja,”

Dia yang mengambil keputusan untuk berhenti kerja sebagai pegawai operator di Institusi Kewangan yang berdaftar. Namun, berasa kecewa selepas lima bulan tidak mempunyai pekerjaan.

Selepas daripada itu, dia yang mula fokus ke arah Stand Up Comedy mengatakan hampir setiap minggu pergi Underground, Open Mic, Crackhouse untuk membuat persembahan.

“Apa yang bestnya dekat Crackhouse ni dia ada weekend show tau.

“Weekeend Show ni ada Stand Up Comedian dari luar negara tau. Mereka datang tour worldwide dan perform dekat Crackhouse.

“Saya selalu opening dan masa opening tu, banyak boss-boss tengok saya dan berkata kelakar budak ini,” katanya lagi.

Setelah Mad habis membuat persembahan, dia menerima panggilan daripada seorang produser Lawak Solo, Benjamin Selvick dan menanyakan jika Mad mahu menyertai Lawak Solo itu.

Tanpa melenggahkan masa, dia terus bersetuju akan pelawaan itu dan menyangkakan dirinya selamat hingga ke minggu ke 4 sahaja dalam program realiti tv itu.

“Lepas tu, saya masuk lawak solo. Saya target sampai minggu ke-4 je, rupanya dapat nombor dua,” katanya lagi.

Dia yang menganggap bahawa dirinya perlu bersederhana dan tidak mahu meletakkan harapan yang tinggi dalam program tersebut.

Namun, siapa sangka rezeki tidak pernah salah alamat. Dia tidak menyangka bahawa dirinya menang Naib Juara dalam program realiti tv, Lawak Solo itu pada tahun 2016.

Mad Sabah atau nama sebenar Achmad bin Rusli ini mengatakan jika lawaknya tidak mendapat sambutan, dia akan buat yang terbaik selepas itu.

“Kalau saya rasa tak kelakar, saya terus ke next joke je yang saya tahu ini kelakar punya.

“So, saya dah ada emergency plan lah, tapi bila mereka yang baru start memang takde emergency plan ni payah.

“Tapi selalunya, jaranglah saya tak kelakar. Come Onlah, Mad Sabah kan,” ujarnya sambil tersenyum dihadapan kamera.

Biarpun, lawaknya terlihat seperti biasa. Namun, dia cuba membawa kelainan menerusi lawaknya itu, sambil melawak Mad juga menceritakan kisah kehidupan penduduk Kepulauan Borneo.

Dahulunya, dia dikatan pernah menerima kecaman dek kerana seakan merendahkan penduduk negeri Sabah itu. Tetapi, kini rata-rata masyarakat semenanjung Malaysia mula membuka mata tentang kehidupan penduduk di sana.

Dia yang berbangga menjadi anak kelahiran Kunak, Sabah itu sering kali menyebut negeri di bawah bayu ini dalam setiap lawaknya di atas pentas.

Jom tonton kisah karier Mad Sabah sepanjang dia bergelar Stand Up Comedian di Podcast Malam Jumaat, youtube channel Onzz tau!

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.