fbpx
Now Reading
Sanjay Dutt Kongsi Berita Gembira, Bebas Dari Kanser Tahap 4

Sanjay Dutt Kongsi Berita Gembira, Bebas Dari Kanser Tahap 4

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dahulu Sanjay Dutt dilaporkan berehat untuk menjalani rawatan kesihatan terhadap dirinya. Kini, beliau berkongsikan berita gembira buat peminatnya di sosial media.

Melalui perkongsian di laman Twitter miliknya itu, beliau mengumumkan bahawa dirinya berjaya menewaskan penyakit yang dihadapi olehnya iaitu barah paru-paru tahap empat.

Menerusi perkongsiannya itu, dia merakamkan kesyukuran serta berkongsikan keadaan sukar yang dialaminya sekarang ini.

Dia berkata, penyakitnya itu telah menyebabkan dirinya dan keluarga menghadapi kesukaran dan kesulitan.

“Beberapa minggu ini adalah masa yang sangat sukar bagi kami sekeluarga.

“Tetapi seperti yang mereka katakan, Tuhan memberikan pertempuran paling sukar kepada askarnya yang terkuat.

“Dan hari ini, pada hari ulang tahun anak-anak saya, saya gembira dapat keluar dari pertempuran ini dan memberi mereka hadiah terbaik iaitu kesejahteraan dan kesihatan keluarga,” katanya menerusi laporan India Times.

Selain itu, pelakon terkenal Bollywood ini juga terlihat tidak lupa mengucapkan terima kasih buat peminatnya yang memberikan sokongan dan mendoakan kesihatannya.

“Semua ini tidak mungkin berlaku tanpa kepercayaan dan sokongan yang teguh daripada semua peminat saya.

“Saya berterima kasih kepada keluarga, rakan-rakan dan semua peminat yang selama ini berdiri dan menjadi sumber kekuatan saya melalui masa yang sukar ini.

“Terima kasih atas kasih, kebaikan dan doa yang tak terhitung banyaknya yang telah anda kirimkan kepada saya,” ujarnya lagi.

Tidak terlepas juga, Sanjay mengucapkan terima kasih kepada doktor dan kakitangan Hospital Kokilaben kerana telah merawat dirinya dengan baik sekali.

“Saya sangat berterima kasih kepada Dr Sewanti dan kumpulan doktor, jururawat dan kakitangan perubatannya di Hospital Kokilaben yang telah merawat saya dalam beberapa minggu terakhir,” katanya.

Sanjay Dutt yang telah berlakon lebih 187 buah filem itu mengumumkan akan kembali ke set penggambaran pada November depan.

Namun begitu, Sanjay pernah sempat disyaki dijangkiti Covid-19 selepas mengadu mengalami gejala seperti sesak nafas pada Ogos lalu.

Tetapi, bintang sensasi ini mengesa agar tidak ada pihak yang membuat spekulasi tentang kesihatannya yang menulis kenyataannya menerusi akaun Instagramnya pada Ogos yang lalu.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.