
Aktor Terkenal James Bond, Sean Connery Meninggal Dunia
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Pelakon terkenal Hollywood yang sinonim dengan watak James Bond, Sir Sean Connery hari ini dilaporkan telah meninggal dunia di usia 90 tahun
Difahamkan aktor lagenda itu baru sahaja menyambut ulang tahun kelahirannya pada Ogos lalu.
Memetik laporan BBC, kematian pelakon kelahiran Scotland itu disahkan keluarganya kepada pihak media
Kerja perfileman Sean semakin berkembang semenjak dia membawakan watak James Bond dan ianya dibuktikan dengan kemenangan di beberapa anugerah prestij seperti Oscar, 2 Bafta Awards dan 3 Golden Globes.
Selain filem James Bond, dia juga pernah membintang banyak lagi filem besar seperti The Hunt for Red October, Indiana Jones and the Last Crusade and The Rock.
Dia juga telah dianugerahkan anugerah kesatria (knights) yang memberinya gelaran ‘Sir’ oleh Ratu Elizabeth di Holyrood Place pada tahun 2020 .